web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Apa Ada di Bukit Fraser? Cubalah 5 Aktiviti Berikut

Cadangan tempat libur minggu ini khas untuk orang Pahang. Yang lain harus tunggu kebenaran rentas negeri ya. Nikmatilah keunikan Bukit Fraser hari ini!

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Mar 2021 9:00AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Orang Pahang mungkin sudah punya banyak rencana untuk percutian hujung minggu. Maklumlah tiada lagi halangan untuk merentas daerah. Malah, aktiviti pelancongan juga sudah dibenarkan. Mahu ke mana aok (loghat Pahang)? Marilah ke Bukit Fraser (Fraser's Hill)!

Udara sejuk nyaman di puncak bukit yang terletak di daerah Raub, Pahang ini sedikit sebanyak pasti mengubat kerinduan untuk keluar negara. Memanglah tidak sama, tetapi  The Little England of Malaysia ini punya keistimewaan tersendiri. Ini lokasi sembunyi yang cukup ideal, boleh rehatkan diri dan minda sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lupakan seketika rutin harian yang membosankan. 

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki, inilah masanya untuk menjelajah destinasi percutian dalam negara yang belum pernah dinikmati. Bukit Fraser kaya dengan spesis flora dan fauna, bahkan udara di sini sungguh segar dan nyaman. Kehadiran bangunan-bangunan bercirikan gaya Inggeris menyuntik suasana percutian yang lebih menyeronokkan. Bolehlah merakam sebanyak mungkin gambar-gambar untuk dijadikan kenangan. 

Berikut beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Bukit Fraser:-

1) Nikmati skon enak di Ye Olde Smokehouse

Hidangan minum petang di Ye Olde Smokehouse cukup popular di kalangan pengunjung yang ke Bukit Fraser. Skonnya dibakar setiap hari untuk memastikan ia sentiasa segar, manakala jem strawberinya dimasak sendiri oleh chef bertugas dengan menggunakan strawberi yang dibawa khas dari Cameron Highland pada setiap minggu. 

Hidangan skon ini hadir bersama kopi. Sambil menikmati hidangan petang ini di kawasan taman, bolehlah menghirup udara nyaman dengan ditemani kicauan burung bernyanyi.

Jika ingin menginap di sini, terdapat 14 buah jenis bilik yang boleh dijadikan pilihan. Ye Olde Smokehouse, sangat sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Boleh layari laman sesawang hotel ini untuk maklumat lanjut dan tawaran terkini. Satu tawaran yang mesti direbut adalah potongan harga sehingga 50 peratus yang diadakan sempena pembukaan semula hotel selepas PKP.

2) Merentas hutan (jungle trekking)

Buat penggemar aktiviti merentas hutan, Bukit Fraser adalah pilihan yang tepat. Terdapat lapan denai yang terkenal di sekitar Bukit Fraser iaitu Denai Maxwell,  Denai Bishop, Denai Hemmant, Denai Abu Suradi, Denai Rompin, Denai Kindersley, Denai Mager dan Denai Pokok Ru. 

Denai Hemmant merupakan laluan yang sangat mudah. Dengan kepanjangan 1000 meter, laluannya rata dan hanya terdapat sedikit halangan kecil. Sepanjang laluan, anda boleh menemui beberapa spesis flora seperti paku-pakis primitif, orkid buluh, periuk kera, dan beberapa pokok parasit yang hidup menumpang di atas pokok lain. Perlu diingatkan, jangan membuang atau mengambil sebarang benda ketika melalui denai ini. Ia dilarang sama sekali. Jika tertangkap anda boleh didenda.

Anda juga sangat digalakkan supaya mengambil khidmat pemandu pelancong untuk menjadi jurupandu. Terutama untuk yang baru pertama kali ingin mencuba. Selain untuk mengelak kejadian yang tidak diingini, anda juga boleh mengenali tentang hutan hujan khatulistiwa yang diterokai. Jika ingin terokai sendiri,  jangan lupa maklumkan rakan, keluarga ataupun pihak resort tentang denai yang ingin dilalui.

3) Mengintai tarantula

Waktu malam di Fraser Hill tidak semeriah di Genting Highland, mahupun Cameron Highland. Namun begitu, ada sesuatu yang menarik di sini. Daripada terperuk di bilik, apa kata ikut aktiviti mengintai labah-labah besar atau tarantula yang bersarang di tebing-tebing jalan menuju ke puncak bukit. Aktiviti ini perlukan khidmat pemandu pelancong atau orang tempatan kerana keadaan sekeliling yang gelap mungkin berbahaya kepada mereka yang tidak biasa. Lagipun, mana mungkin anda mengenali sarang tarantula jika ia pengalaman pertama. 

4) Mengintai burung 

Rekod mencatatkan Bukit Fraser mempunyai lebih daripada 270 spesies burung.  Spesis yang ditemui ini termasuklah burung-burung yang berhijrah semasa musim sejuk terutamanya dari Siberia, sebelum menuju ke New Zealand dan Australia pada Mac hingga Jun setiap tahun. Sebelum pandemik, Tourism Pahang dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) menganjurkan Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa pada saban tahun bermula dari tahun 1987. Antara spesis burung yang boleh dilihat di sini ialah Rimba Telinga Putih, Takur Api, Rimba Ekor Panjang, Helang Berjambul, Rimba Murai Bukit dan Kelicap Gunung. 

5) Menunggang kuda

Bawa anak-anak ke The Paddock yang terletak di Valley Road untuk menunggang kuda dan memanah. Jangan bimbang kalau tidak punya pengalaman menunggang kuda sebelum ini, keselamatan anda di sini terjamin kerana ia dikawal selia oleh petugas berpengalaman. Selain itu, anda juga perlu tahu kuda-kuda yang digunakan di sini tidak lagi digunakan untuk sebarang perlumbaan. 

Bayaran yang dikenakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti di sini juga berpatutan. The Paddock dibuka pada setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 pada hari-hari biasa. Manakala pada hujung minggu ia beroperasi sehingga jam 5.00 petang. 

Untuk maklumat lanjut tentang Bukit Fraser, anda boleh melayari laman sesawang http://www.fraserhill.info/index.htm 

Selamat bercuti-cuti Malaysia!

Kredit foto : http://www.fraserhill.info/

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi