web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AlUla Pecah Rekod Pertunjukan Belon Udara Panas Bercahaya Terbesar Di Dunia

Pertunjukan pada 1 Mac 2022 itu merupakan sebahagian daripada acara AlUla Skies, sebuah festival baharu dalam kalendar acara AlUla Moments.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 9:08AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AlUla Moments dengan gabungan SAHAB (Persekutuan Belon Arab Saudi), memecahkan rekod gelaran Guinness World Record bagi Pertunjukan Belon Udara Panas Bercahaya Terbesar Di Dunia.

Rekod tersebut telah ditentukan pada 1 Mac 2022 berhampiran Hegra, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Arab Saudi.

Tapak ini terkenal dengan lebih 100 makam berukir kaum Nabati yang menampilkan inskripsi dan simbol yang terpelihara dengan baik selama lebih 2,000 tahun di pergunungan batu pasir.

Sejumlah 142 biji belon yang diterangi cahaya disusun atur bersama-sama dalam sebuah pertunjukan di tapak purba, yang menerangi langit serta memancarkan cahaya ke arah landskap padang pasir yang berbatu-batan.

Rekod sebelum ini juga menjadi milik AIUla di mana pada tahun 2019, 100 biji belon udara panas diterbangkan ketika festival seni dan kebudayaan 'Winter at Tantora'.

Acara ini menyusul selepas upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) dan Persekutuan Belon Arab Saudi (SAHAB) pada 1 Mac 2022, menjadikan AlUla sebagai pusat aktiviti belon udara panas di Arab Saudi.

Pertunjukan Belon Udara Panas Bercahaya Terbesar Di Dunia pada 1 Mac 2022 itu merupakan sebahagian daripada acara AlUla Skies, sebuah festival baharu dalam kalendar acara AlUla Moments. 

Festival ini merangkumi pengalaman menyaksikan belon ketika matahari terbit dan terbenam dengan kira-kira 150 biji belon yang terapung dengan tenang di udara setiap pagi di tapak purba yang menakjubkan ini.

Ini bukan kali pertama AlUla memecahkan rekod dunia.

Maraya, tempat persidangan dan hiburan pelbagai guna, turut mendapat gelaran Guinness World Records untuk ‘Bangunan Bercermin Terbesar Di Dunia’.

Bangunan bercermin unik seluas 9,740 meter persegi ini memantulkan kembali pemandangan menakjubkan gunung-ganang dan landskap berpasir di Lembah Ashar.

Kalendar acara musim sejuk AlUla Moments dirancang untuk menawarkan pengalaman seni, muzik dan kebudayaan yang asli dan menarik masa kini.

Acara ini dilanjutkan dengan festival AlUla Wellness dan Arts AlUla yang berlangsung sehingga penghujung bulan Mac 2022.

Untuk maklumat lanjut tentang AlUla, sila layari www.ExperienceAlUla.com. Anda juga boleh ikuti AlUla Moments di akaun media sosial Instagram, Twitter, YouTube dan Facebook. - Getaran, 17 Mac 2022

Gambar: PR Newswire

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan