web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melawat Shell Penang Road, Stesen Minyak Tertua Pulau Pinang!

Shell Penang Road dinobatkan sebagai mercu tanda baharu Zon Warisan Pulau Pinang.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 9:01AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Shell memberi penghormatan buat stesen minyak tertuanya di Pulau Pinang dengan memperkenalkan wajah baharu Shell Penang Road.

Stesen ini dibina pada era 20an dan telah pun beroperasi sejak bergenerasi untuk kegunaan penduduk Pulau Pinang dan masyarakat sekitarnya.

Menariknya, Shell Penang Road ini pernah terselamat dari Perang Dunia II semasa penjajahan Jepun, menyaksikan Kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia pada 1963.

Dengan azam untuk mengekalkan warisan, pemulihan stesen minyak ini bertujuan untuk memelihara sejarah dan kemajuan Pulau Pinang, dalam masa sama merakam momen masa silam.

Shell Penang Road terletak di Zon Warisan Pulau Pinang.
Shell Penang Road terletak di Zon Warisan Pulau Pinang.

Mencerminkan kepentingannya sebagai mercu tanda baharu, Shell dan Penang Global Tourism bersetuju mengangkat Shell Penang Road sebagai satu tarikan pelancongan di Pulau Mutiara.

“Shell Penang Road telah menjadi sebahagian daripada sejarah dan warisan Pulau Pinang yang berwarna-warni selama 100 tahun. Saya gembira Shell terus mengekalkan stesen warisan ini. 

“Saya berharap penambahan Shell Penang Road ke dalam Zon Warisan Pulau Pinang akan menggalakkan rakyat Malaysia melawat Pulau Pinang.

“Seterusnya menyokong pelancongan domestik dan perniagaan tempatan,” ucap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin. 

Sementara Shell berusaha untuk memelihara seni bina kolonialnya, stesen minyak ikonik ini turut menerima sentuhan moden dengan reka dalaman yang ringkas. 

Sama seperti stesen-stesen minyak yang lain, Shell Penang Road turut dilengkapi dengan kedai serbaneka, hentian rehat, surau dan tandas awam.

“Sangat penting untuk mengingati akar umbi kita dan berpegang teguh pada nilai teras kami. Shell Penang Road berdiri sebagai bukti sejarah Pulau Pinang dan penubuhan Shell di Malaysia.

“Ia mencerminkan sejauh mana kita telah bersatu,” ujar Pengurus Besar Mobility Shell Malaysia dan Singapura, Seow Lee Ming. 

Stesen minyak berusia hampir 100 tahun ini baru sahaja disenaraikan di bawah Direktori Warisan Pulau Pinang.
Stesen minyak berusia hampir 100 tahun ini baru sahaja disenaraikan di bawah Direktori Warisan Pulau Pinang.

Sempena pelancaran ini, Shell turut melancarkan Shell Heritage Jute Bag, beg eksklusif yang hanya boleh didapati di Shell Penang Road. Beg ini boleh ditebus dengan 12,000 mata BonusLink.

Shell Penang Road dibuka setiap hari untuk kunjungan tetamu dan pelanggan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. - Getaran, 27 Januari 2022

Shell Heritage Jute Bag.
Shell Heritage Jute Bag.

Gambar: Shell Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara