web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Villa Balbiano Dalam ‘House Of Gucci’ Boleh Disewa!

Meresapi personaliti Patrizia Reggiani, ayuh intai ruangan dalaman mewah rumah agam Itali sebenar di dalam filem ini.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 8:07AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

House of Gucci mengisahkan Patrizia Reggiani lakonan Lady Gaga, seorang pekerja pejabat yang bercita-cita tinggi dalam rancangannya untuk menjadi isteri kepada pewaris empayar Gucci, Maurizio Gucci (Adam Driver).

Filem ini membawa penonton menyelami kehidupan sebalik tabir keluarga Gucci, yang seterusnya menjadi antara salah satu rumah fesyen terkemuka di dunia.

Selain aspek fesyen yang ditampilkan dalam filem adaptasi kisah benar ini, salah satu daya penarik lain adalah lokasi penggambaran yang mengagumkan. 

Lokasi paling dramatik filem ini tentulah Villa Balbiano, sebuah rumah agam di kawasan pergunungan yang diseliputi salju di Pusat Peranginan Ski Cortina D’Ampezzo, Itali. 

Dengan nuansa mewah dan pemandangan yang menakjubkan, Villa Balbiano ini ialah sebuah rumah agam yang sebenar. Ia bukanlah dibina semata-mata untuk penggambaran filem ini. 

Terletak di atas sebidang tanah berkeluasan 5 ekar, Villa Balbiano merupakan sebahagian daripada hartanah warisan dan bangunan bersejarah The Heritage Collection. 

Dibina pada abad ke-16, bahagian luarannya sangat mengagumkan. Villa Balbiano dikelilingi saujana kehijauan dan taman-taman di tepi Tasik Como. 

Manakala dekorasi dalamannya pula menampilkan hiasan-hiasan megah, karya-karya seni agung dan perabot-perabot antik yang gah. 

Semuanya sempurna bagi menyantuni unsur kemewahan yang benar-benar menggambarkan empayar Gucci.

Menariknya, Villa Balbiano bukan hanya dijadikan latar penggambaran filem, malah rumah agam ini boleh disewa untuk tujuan keramaian atau sebarang majlis perkahwinan. 

Bahkan, tidak hanya tersedia untuk sewaan kaum kayangan, rakyat marhaen juga boleh menyewa rumah agam ini secara langsung di Airbnb.

Sekiranya anda benar-benar ingin menikmati kemewahan ini, Villa Balbiano mempunyai enam suite mewah, setiap satunya disimbahi dengan warna dan hiasan dalaman yang mengikut tema. 

Walau bagaimanapun, mereka yang menginap hanya mempunyai akses hingga ke tiga tingkat sahaja kerana statusnya sebagai bangunan warisan Itali. 

Harga penginapan bermula daripada $1,132 semalam mengikut jenis-jenis bilik yang diidamkan. Layari The Heritage Collection untuk maklumat lanjut. - Getaran, 13 Januari 2022

Gambar: The Heritage Collection

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sudah 8 Tahun Sharifah Aini Pergi, Rumah Agamnya Juga Bakal Dijual 

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Muat Naik Sedutan Filem, Netizen Mahu Ameera Khan Dikenakan Tindakan Tegas

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN