Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sohor Kini 3 Perbualan Hangat Warganet Menjelang Krismas

48% rakyat Malaysia mendapat inspirasi musim perayaan dan percutian mereka di Twitter.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 8:38AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Disember sudah pun tiba dan warganet tidak sabar menyambut musim perayaan hujung tahun ini. Walaupun terdapat arahan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat di seluruh negara, ia tidak menghalang perbualan maya yang rancak sempena Hari Krismas.

Kajian yang dijalankan oleh Twitter mutakhir ini mendedahkan terdapat 51% rakyat Malaysia yang masih berhati-hati untuk berkumpul secara besar-besaran, namun mereka tetap teruja menyambut musim perayaan ini

Sunguhpun majoriti penduduk negara ini tidak menyambut hari kebesaran penganut Kristian ini, kajian mendapati sebahagian besar daripada mereka hanya menantikan musim percutian, mendengar lagu-lagu Natal dan menikmati suasana perayaan hujung tahun ini.

Bagi mereka yang menyambutnya, musim perayaan ini bermaksud musim memberi hadiah dan menghiasi rumah dengan dekorasi-dekorasi ria.

Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memangkinkan suasana ceria, malah turut menyumbang kepada sektor ekonomi. Twitter merekodkan terdapat lapan juta perbualan berkaitan pembelian dan penjualan di musim perayaan ini di platformnya di seluruh Asia Tenggara.

Perbualan tersebut merangkumi pelbagai topik seperti ulasan pelanggan, soalan tentang barangan dan pelbagai lagi. Twitter sememangnya menjadi wadah maya orang ramai untuk mengetahui perkembangan terkini sekitar musim perayaan. 

Sebelum 2021 berakhir, Twitter sempat menyelidik trend beli-belah yang menarik dalam kalangan penggunanya menjelang musim perayaan Krismas di Malaysia seperti di bawah:

#1 Perayaan bermula awal!

Semangat musim perayaan tidak pernah redup di Twitter, bahkan perbualan tentangnya semakin aktif. Tahun lalu, Malaysia menyaksikan hampir sejuta perbualan maya berkaitan perayaan ini.

Perlu diperhatikan perbualan maya tahun ini bermula lebih awal, sekitar Oktober, dua bulan lebih awal daripada bulan perayaan sebenar.

Dalam tempoh itu, faktor yang mencetuskan peningkatan perbualan maya ini ialah promosi akhir tahun, kandungan kelakar, iklan Krismas yang melibatkan selebriti dan banyak lagi. 

Semua ini mempengaruhi orang ramai untuk merancang apa yang mereka mahukan dan perlukan untuk sesi pembelian serta persiapan sepanjang musim perayaan itu berlangsung nanti.

#2 Menggunakan media sosial untuk mencari inspirasi

Berikutan wabak COVID-19, rakyat Malaysia lebih cenderung memilih berbelanja dalam talian di musim perayaan tahun ini. Direkodkan 39% rakyat Malaysia masih bergelut mencari hadiah yang sesuai.

Ia menjadi trend unik dalam kalangan pengguna twitter untuk bergabung dan berbincang secara maya bagi mencari idea beli-belah sempena perayaan ini. 

Topik-topik yang dibincangkan seperti resipi makanan, produk dan fesyen terbaharu untuk digayakan semasa Hari Krismas nanti. 

Selain itu, 53% rakyat Malaysia menemui promosi istimewa di Twitter. Malah, 48% rakyat Malaysia mendapat inspirasi daripada minat mereka, manakala 47% daripada topik yang sedang sohor kini. 

#3 Wahana maya merayakan musim perayaan

Musim perayaan ialah musim pemberian hadiah. Perbualan tentangnya menjadi sangat popular di Twitter. Di Malaysia, 53% pembeli ingin melihat tawaran, sementara 40% mencari cadangan.

Sementara itu, 24% pembeli pula menjangka untuk melihat lebih banyak kandungan menarik daripada jenama-jenama di Twitter.

Tambahan lagi, pilihan hadiah mereka berbeza-beza. Bermula dengan makanan dan minuman kepada produk penjagaan diri, fesyen dan aksesori sehingga produk-produk teknologi.

Sebanyak 35% rakyat Malaysia merancang untuk membeli produk teknologi. Dua perkara yang diambil perhatian dalam mencari gajet seperti harga (75%) dan spesifikasi teknikal (65%). 

Ikuti lanjutan keceriaan musim perayaan ini di Twitter dengan tanda pagar #WhatHappening. Semua dapatan kajian ini adalah hasil daripada perbualan maya oleh komuniti yang berkongsi pendapat mereka di Twitter. 

“Musim perayaan adalah musim yang menggembirakan. Apa yang unik di Malaysia ialah negara ini mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Walaupun tidak ramai yang menyambut Krismas secara rasmi tetapi seluruh negara menyambutnya dengan meriah.

“Tidak dapat dinafikan musim perayaan ialah musim yang istimewa kerana ia merupakan masa yang paling sesuai untuk anda berhubung dengan mereka yang tersayang,” ucap Pengarah Penyelidikan Asia Pasifik dan GlobalTwitter, Martyn U’ren. - Getaran, 2 Disember 2021

Gambar: Twitter Malaysia 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Percikan Bunga Api Iringi Sambutan Krismas Di Melaka

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan Setakat 10 Malam

3

Gaya 3 bulan yang lalu

Wanita Berusia 100 Tahun Kongsi Kemeriahan Sambutan Krismas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Lancar

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY