web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersiar-siar Menaiki ERL Hujung Minggu Ini Dengan Hanya RM1

Dengan hanya RM1 orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan ERL untuk keluar bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 1:41PM

Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rakyat Malaysia berpeluang ‘makan angin’ menaiki perkhidmatan tren Express Rail Link (ERL) pada Sabtu dan Ahad ini dengan hanya RM1 untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL.

Peluang itu dinikmati menerusi ‘ERL RM1 Joyride Weekend’ iaitu inisiatif Express Rail Link Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bertujuan untuk merangsang semula perjalanan riadah tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor dalam kenyataan hari ini berkata, program tersebut akan dirasmikan Sabtu ini oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

“ERL gembira dapat memainkan peranan dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk menghidupkan semula industri perjalanan riadah dan sebagai pemain industri yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 yang masih berterusan, kami percaya semua pihak patut melaksanakan peranan mereka bagi menyokong pemulihan negara.

“ERL turut bekerjasama dengan beberapa pemain industri untuk kempen tersebut, termasuk Tabung Haji, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), KL Hop-On Hop-Off, Perbadanan Putrajaya, Sukaseni, foodpanda, NU Sentral, Mitsui Outlet Park, komuniti pelancongan tempatan LOCCO and pengusaha makanan jalanan, TAPAK,” katanya.

Menurut Noormah beberapa stesen ERL akan menganjurkan aktiviti menarik seperti Stesen Sentral KL menawarkan pemberian percuma daripada Foodpanda dan bertemu dengan pemain cosplay, manakala Stesen KLIA 2 menawarkan jualan murah Gateway@klia2 Giler Sale serta jualan akhir tahun Mitsui Outlet Park.

“Kami harap orang ramai tidak akan melepaskan peluang ini untuk membawa keluarga dan rakan-rakan bersiar-siar di bandar raya dan membantu melonjakkan ekonomi, selain itu tidak perlu risau kerana semua tren dan stesen kami kerap dibersihkan dan menjalani proses disinfeksi, selari dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Nancy menerusi kenyataan sama berkata, sejak pandemik melanda, pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Sangat mengujakan untuk melihat perjalanan riadah domestik bergerak semula selepas kerajaan mula melonggarkan sekatan perjalanan pada Oktober dan ini telah membantu sesetengah pihak dalam industri tersebut.

“Meneruskan usaha ini, kami mengalu-alukan usaha sama daripada sektor swasta untuk membantu kami menghidupkan semula industri berkenaan dan menolong pemain industri bangkit semula dan kami juga sangat gembira dengan inisiatif ERL menganjurkan acara Joyride ini yang menyatukan pelbagai pihak bagi menyokong pemulihan negara,” katanya.

Promosi istimewa tersebut hanya boleh didapati dengan pembelian menerusi aplikasi mudah alih KLIA Ekspress bermula 22 November lalu. 

Informasi lanjut mengenai promosi dan aktiviti berkenaan boleh diperoleh menerusi laman sesawang KLIA Eskspress. - Bernama

Gambar: AFP & klia2.info

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN