Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Taman Tema Air Harus Kunjung! 

Pelancongan berkonsepkan riadah air kini sudah dibuka untuk hiburan seisi keluarga.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 4:01PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan secara rasminya telah mengumumkan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Semua sektor ekonomi dan pelancongan termasuklah taman tema air kini telah dibuka.

Tentunya, taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Siapalah yang tidak menyukai permainan-permainan air yang mencabar adrenalina seperti gelongsor air gergasi, bukan? Bersedialah dibawa arus ombak buatan yang mengasyikkan!

Menariknya, sekiranya anda tidak sempat menikmati bermain air dalam masa sehari, sesetengah taman tema air turut menawarkan tempat penginapan dengan harga yang berpatutan.

Apa kata, sempena musim cuti sekolah nanti, bawa anak-anak anda dan seisi keluarga bermandi-manda, menikmati keseronokan bermain air di empat taman tema air sekitar Selangor di bawah:

Gambar: Ig @kaionn.75
Gambar: Ig @kaionn.75

#1 Sunway Lagoon

Taman tema air paling terkenal ini terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya. Selayaknya taman tema air, Sunway Lagoon dilengkapi dengan banyak tarikan air yang menarik.

Antara tarikan popular di Sunway Lagoon adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi.

Sempena pembukaan semulanya, Sunway Lagoon memperkenalkan aktiviti berkelah, 'Camp Out!'. Inilah peluang anda sekeluarga merasai sendiri pengalaman bermalam di Sunway Lagoon!

Gambar: Ig @ohmedia
Gambar: Ig @ohmedia

#2 Bangi Wonderland 

Taman tema air yang satu ini unik kerana dikelilingi 12 ekar hutan rekreasi. 

Lokasinya yang terletak di antara Semenyih dan Bangi, sememangnya sangat sesuai untuk anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota.

Bangi Wonderland menawarkan 14 jenis permainan air yang mengujakan. Antaranya, Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi!

Gambar: Ig @littlehumansonthego
Gambar: Ig @littlehumansonthego

#3 Waterworld @ I-City

Selain taman tema salji dan ribuan lampu LED, ramai kurang mengetahui I-City turut mempunyai taman tema airnya yang tersendiri iaitu Waterworld @ I-City. 

Terletak di Shah Alam, taman tema air disini juga harus diberikan perhatian kerana ia mempunyai satu-satunya permainan air Tornado Ride di Asia Tenggara!

Jangan pandang sebelah mata!

Gambar: Ig @alifeady
Gambar: Ig @alifeady

#4 Wet World Water Parks 

Taman tema ini sudah beroperasi sejak 1996 lagi! Tak pernah mengecewakan pengunjung, antara tarikan popularnya seperti Super Hurricane, Monsoon Buster dan Kiddy Typoon Lagoon. 

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, jangan risau kerana aktivi-aktivit air disini sesuai untuk kanak-kanak. 

Kebanyakkan kolam air di Wet World Water Parks ini mesra kanak-kanak dan berparas cetek. - Getaran, 11 November 2021

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini