web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktiviti Pasang Khemah Di Pesisir Tasik Putrajaya Tidak Dibenarkan

Tapak perkhemahan yang dibenarkan di Putrajaya pada masa ini hanya di Taman Wetland yang mempunyai kemudahan lengkap.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 3:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktiviti pemasangan khemah adalah tidak dibenarkan di sekitar kawasan pesisir tasik Putrajaya, kata Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain yang menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar.

Beliau berkata tapak perkhemahan yang dibenarkan di Putrajaya pada masa ini hanya di Taman Wetland yang mempunyai kemudahan lengkap.

"Aktiviti perkhemahan tidak dibenarkan di sepanjang tasik. Penguat kuasa PPj akan pastikan tiada pemasangan khemah oleh keluarga atau kumpulan tertentu di sepanjang tasik secara teguran.

“Sekiranya perkara ini tidak dapat dikawal, dari segi peruntukan kita boleh denda mana-mana individu atau kumpulan yang memasang khemah di tepian tasik atau kawasan awam," katanya kepada Bernama hari ini.

Susulan peralihan ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara bermula 10 Okt lepas yang membenarkan rentas daerah di Lembah Klang, Putrajaya 'diserbu' terutama pada hujung minggu untuk aktiviti riadah. Malah Putrajaya menjadi tular (viral) sebagai tempat tumpuan memasang khemah di tepian tasik.

Para pengunjung berkelah di Putrajaya
Para pengunjung berkelah di Putrajaya

Muhammad Azmi berkata tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memasang khemah dan meuar-uarkan aktiviti tersebut seolah-olah dibenarkan di pesisir tasik Putrajaya akan mengundang perkara yang tidak diingini seperti keselamatan, kebersihan, ketenteraman awam, kesesakan serta menjejaskan pergerakan aktiviti riadah lain seperti berjoging dan berbasikal.

"Kami mengalu-alukan orang ramai datang bersiar-siar serta menikmati keindahan tasik namun perlu diingatkan bahawa tepian tasik atau mana-mana tempat awam adalah untuk kegunaan semua orang dan bukannya diduduki sekelompok kumpulan atau keluarga tertentu kerana tindakan itu bukan sahaja menghalang pengunjung lain tetapi dikhuatiri menjejaskan kualiti air tasik," katanya.

Menyedari aktiviti perkhemahan makin digemari masyarakat, beliau berkata PPj sedang mengenal pasti tapak-tapak perkhemahan yang sesuai di Putrajaya untuk dikhususkan sebagai tempat aktiviti perkhemahan. - Bernama

Semua gambar: Gambar Fail Getaran

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN