Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


15 Lagu Dipilih Ke Final Anugerah Lagu Indie 2023, Mac Depan

Indie Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 5:00PM

Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie Ahmed Faris Amir (depan empat, kanan) dan Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie Jennifer Thompson (belakang lima, kiri) bergambar bersama finalis Anugerah Lagu Indie 2023. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Lima belas lagu diumumkan sebagai finalis untuk tiga kategori dalam Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) yang akan berlangsung 7 Mac depan.

Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie Ahmed Faris Amir berkata 15 lagu terbaik kategori Pop, Rock dan Hip Hop itu dipilih daripada 626 penyertaan yang diterima sejak dibuka pada Julai tahun lepas.

"Beberapa kelainan dilakukan untuk penganjuran kali keempat ini dengan memperkenalkan kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock dan Hip Hop.

"Selain itu Anugerah Lagu Indie 2023 turut menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam secara dalam talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional," katanya pada Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie Jennifer Thompson berkata lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai finalis #ALI2023 dipilih berdasarkan aspek kualti lagu.

"Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli," katanya.

Lagu yang disenaraikan dalam Top 5 Kategori Lagu Hip Hop terbaik adalah Ice Cold Castle, Candy Mind, LXF, Gard O Gard dan Mimpi untuk Semalam manakala Top 5 Kategori Lagu Pop Terbaik adalah Pura, Pembunuh Malam, Stargazing, Luka dan Derana.

Sementara itu, Top 5 Kategori Lagu Rock Terbaik termasuk Jiwa (Takhta Milik Kita), In the Haze, Inti Sari, Terra Luna dan Souled Out.

Artis solo atau berkumpulan yang membawa lagu perlu memenangi kategori mereka dahulu sebelum berentap merentas genre untuk dinobatkan pemenang Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM36,000.

Anugerah Lagu Indie 2023 ini turut disokong Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda.

Peminat muzik indie boleh menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 pada 8 malam hingga 12 tengah malam. - BERNAMA

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran