Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Melangkah Tinggi Dengan Koleksi Terkini Converse Untuk Wanita

Converse mencipta semula kasut Chuck Taylor All Star yang ikonik dengan mempersembahkan koleksi De Luxe, khusus untuk wanita.

Gaya Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 8:59AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kasut yang digemari ramai, Converse sekali lagi membuatkan pencinta fesyen dan peminat kasut terpesona apabila ia tampil dengan rekaan yang didedikasikan untuk wanita.

Sempena musim bunga yang bakal tiba, sang juara kreativiti dan ekspresi diri ini melancarkan kempen Edge of Style yang menggalakkan peminat jenama ini tampil dengan gaya tersendiri mereka. 

Koleksi De Luxe adalah satu jalinan kerjasama yang melibatkan kreativiti dan barisan pereka wanita.

Masih mempertahankan gaya klasik Chuck Taylor All Star, koleksi De Luxe tampil lebih feminin, bergaya, dan berani, sesuai dengan ciri-ciri yang selalunya ada pada seorang wanita.

Memandangkan but wedge dan kasut wedge diramalkan membuat kemunculan semula tahun ini, kasut daripada Converse ini dilihat menggabungkan kedua-dua trend ini.

Terdapat dua pilihan yang menanti iaitu Chuck 70 De Luxe Heel dan Chuck 70 DeLuxe Wedge yang menawarkan ketinggian sehingga empat inci. Jadi, bolehlah melangkah penuh keyakinan kerana ketinggian anda semakin bertambah.

Gaya ini mengubah penutup kaki getah bulat ikonik jenama itu (bahagian depan kasut) kepada rekaan yang bersegi dan bersudut.

Namun, DNA terkenal Chuck Taylor di bahagian atas masih terserlah, dengan perincian jahitan dan tampalan logo Chuck Taylor All Star masih berada di tempat yang sepatutnya.

Koleksi terbaharu De Luxe melancarkan siri terhangat dgn kolaborasi bersama wanita-wanita kreatif termasuk Martine Ali dan Feng Chen Wang.

Setiap individu ini terkenal dengan kehebatan mencipta gaya baharu, dan mengubah aliran biasa, malah Converse menawarkan rekaan ikonik Chuck Taylor sebagai ilham dan pencetus kreativiti untuk mencipta masa depan fesyen.

Jika anda masih berbelah bahagi untuk mendapatkan koleksi serba baharu ini, sila ingat kembali fakta yang disebutkan di atas.

Sekali lagi, untuk 2024, pemerhati fesyen menjangkakan kasut atau sneakers wedge akan kembali menjadi trend terkini.

Ia mungkin tidak popular di pertunjukan pentas, namun ia akan membanjiri akaun-akaun sosial media.

Jika anda salah seorang yang sering mengimpikan ketinggian apabila berada di acara keramaian, kasut ini adalah jawapannya. Ia menjanjikan keselesaan sempurna, seakan-akan memakai sepasang kasut yang rata!

Chuck 70 Deluxe Wedge kini boleh didapati di The Exchange TRX, Pavilion, Mid Valley, Sunway Pyramid, cawangan One Utama dan kedai Digital Flagship, www.converse.my .

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Converse, rakan usaha samanya dan tawaran akan datang di laman web tersebut. – Getaran, 14 Februari 2024

Foto : Converse

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 6 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Jelajah 13 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN