web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelitup Muka BZU BZU Untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Setahun lebih dilanda pandemik dan pelitup muka telah menjadi satu barang wajib untuk kita semua. Namun masih ada yang tidak mampu membelinya. Mujur ada yang mahu membantu.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:40AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19, majoriti rakyat Malaysia terpaksa memulakan rutin yang agak berbeza lalu menyesuaikan diri dengan norma baharu. Salah satu perubahan gaya hidup yang paling ketara adalah penggunaan pelitup muka di tempat-tempat awam.

Bagi golongan yang berkemampuan, penggunaan pelitup muka pasti tidak menjadi isu atau masalah kerana masing-masing mampu untuk membeli ‘barang wajib’ ini. 

Lain ceritanya dengan mereka yang tidak berkemampuan. Untuk mengalas perut pun perlu kais pagi, makan pagi, apa lagi perlu membeli pelitup muka yang harganya mungkin membebankan mereka. Lebih-lebih lagi jika golongan ini turut kehilangan punca pendapatan. 

Menyedari hakikat ini, Bzu Bzu Malaysia, jenama barangan penjagaan keluarga, bertekad untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak dan melindungi mereka dari sebarang penyakit pernafasan dengan menyumbang lebih daripada 75,000 kepingan pelitup muka perubatan kepada penghuni pelbagai organisasi. 

Ini termasuk The Salvation Army’s Children Home and Boys’ Home di Ipoh, The Salvation Army’s Children Home, di Pulau Pinang, Rumah Perlindungan Al-Nasuha, di Kuala Lumpur, keluarga pelarian di Lembah Klang dan keluarga B40 di Melaka. 

Ketua Pegawai Eksekutif Bzu Bzu Malaysia, Raphael Jiang, memberitahu, melalui inisiatif ini mereka berharap golongan kanak-kanak terlindung daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini. 

“Kanak-kanak terdiri daripada golongan rentan. Mereka mungkin tidak memahami situasi dunia semasa dan mungkin terasa tidak berdaya. 

“Sebagai warganegara, ia merupakan tanggungjawab kita untuk melindungi golongan kanak-kanak daripada bahaya dan menjaga keselamatan mereka. Dan penjagaan kesihatan mereka merupakan titik permulaan yang paling sesuai untuk menjaminkan kesejahteraan fizikal dan emosi mereka.

“Kami ingin memainkan peranan untuk memastikan golongan kanak-kanak ini sihat dan selamat untuk membolehkan mereka menikmati zaman kanak-kanak mereka seelok-eloknya. Bersama-sama, kita mampu kekal kuat dalam memerangi wabak ini,” ujar Raphael.

Direka khas untuk kanak-kanak, Pelitup Muka Perubatan Kanak-Kanak Bzu Bzu adalah pelitup muka bertaraf perubatan yang menawarkan perlindungan tiga lapisan terhadap bakteria, habuk, titisan dan zarah mikro yang menyebabkan alergi sambil memberikan keselesaan yang sempurna dengan ciri pernafasan yang mudah. 

Bzu Bzu Malaysia menyumbang pelitup muka ini dengan kerjasama The Salvation Army, sebuah pertubuhan tidak bermotifkan keuntungan yang membantu masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia tanpa diskriminasi. 

Bzu Bzu juga menyumbangkan pelitup muka untuk rumah anak yatim dan rumah penjagaan lain yang menempatkan kanak-kanak rentan dan mereka yang mungkin menghadapi masalah kewangan.

“Kami mengagumi organisasi-organisasi yang menyediakan tempat perlindungan bagi kanak-kanak dengan menawarkan akses kepada rawatan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan. 

“Kami mahu memainkan peranan untuk menolong organisasi mereka dalam melindungi golongan yang kurang bernasib baik, untuk melindungi dan menjaga kanak-kanak yang dilupakan sebagaimana kita menjaga anak-anak kita sendiri,” ujar Raphael lagi.

Bzu Bzu Malaysia sentiasa berusaha untuk menggalakkan kehidupan yang sihat untuk bayi, kanak-kanak dan juga keluarga dengan menghasilkan rangkaian penjagaan diri untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan seisi keluarga.

"Bzu datangnya dari perkataan perancis 'Bisou' yang bermaksud ciuman dan di dalam konteks ini, ia diibaratkan ciuman seorang ibu buat anaknya. 

“Kami percaya bahawa kanak-kanak wajib menikmati detik-detik murni tak kiralah latar belakang masing-masing. Oleh itu, kami berharap untuk berkongsi kebaikan dan kasih sayang kami kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik melalui inisiatif ini, " tambah Raphael.

Pelitup Muka Perubatan Kanak-Kanak Bzu Bzu kini boleh didapati pada harga RM3.50 sebungkus dan ia boleh didapati ke stor-stor barangan penjagaan diri utama serta platform jualan dalam talian .

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Bzu Bzu Malaysia dan inisiatif ini, sila kunjungi laman web mereka di www.bzubzuglobal.com atau ikuti akaun media sosial Instagram dan Facebook, @BZUBZUMalaysia. - Getaran, 1 Jun 2021

Semua gambar: Bzu Bzu Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek