web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih Pentingkan Nyawa Pekerja, Rizalman Henti Operasi Syarikat 2 Minggu

Dalam satu kenyataan rasmi, Rizalman mengumumkan penyekatan dan penutupan operasi perniagaan syarikat miliknya selama dua minggu atau sehingga tarikh yang diumumkan kelak.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 11:06AM

Gambar: Instagram @rizalman71

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Kesihatan Malaysia terus merekodkan peningkatan trend kes COVID-19 terutamanya di Kawasan Lembah Klang. Keadaan semakin kritikal apabila kadar penggunaan katil wad ICU di beberapa hospital sudah melebihi kadar 89 peratus. 

Ramai yang meluahkan keresahan dan meminta agar Perintah Kawalan Pergerakan dengan penutupan penuh operasi dalam sektor ekonomi dilakukan bagi mengawal penularan. 

Turut mengambil langkah berjaga-berjaga ialah selebriti dan ikon fesyen Datuk Rizalman Ibrahim yang mengumumkan penutupan dan penyekatan penuh operasi semua produk di bawah syarikatnya iaitu Rizalman Ibrahim Group of Companies selama dua minggu atau sehingga tarikh yang diumumkan kelak. 

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Rizalman di laman sosial miliknya, usaha itu dilakukan kerana bimbang akan keselamatan pekerjanya di samping membantu untuk mengurangkan penularan jangkitan wabak COVID-19. 

“Biarlah kami laksanakan dahulu (penutupan dan penyekatan operasi syarikat) dahulu sebagai tanda sokongan untuk membasmi gejala ini demi kebaikan semua,” katanya menerusi sebuah kapsyen di Instagram.

Ramai yang memuji usaha yang dilakukan Rizalman berkenaan dan berharap lebih ramai majikan akan lebih mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan pekerja mereka apalagi dalam situasi COVID 19 yang semakin membimbangkan ini. 

Syabas kami ucapkan! - Getaran, 19 Mei 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi