web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tapin, Tali Pinggang Elastik Untuk Samping Baju Melayu

Ucapkan selamat tinggal kepada masalah pemakaian samping dengan tali pinggang inovatif ini.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 2:45PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baju Melayu tanpa samping hanya membuatkan penampilan anda kelihatan janggal. Lebih-lebih lagi jika ia digayakan pada pagi Syawal. Kain samping yang direka dengan pelbagai corak sebenarnya menaikkan lagi keunggulan baju Melayu. Jadi mengapa tidak dipakai sahaja kain samping yang ada?

Susah? Tak pandai ikat samping? Asyik terlondeh? Mungkin ini antara alasan yang sering diberikan oleh ramai lelaki di luar sana. Dek itu, ramai yang ambil jalan mudah dengan meminggirkan kain samping. Ini ada berita baik untuk semua kaum lelaki, khususnya yang malas memakai samping 

SMAD, label fesyen terbaru di pasaran memperkenalkan tali pinggang elastik yang membantu untuk memastikan kain samping anda sentiasa kelihatan kemas. Produk fesyen ini diberikan nama Tapin, hasil gabungan perkataan tali pinggang dan samping.

Dengan gabungan latex dan fabrik kapas, Tapin direka dengan dua butang dan enam lubang butang untuk disesuaikan dengan saiz pinggang.

Cara memakai tali pinggang SMAD cukup mudah:

• Gulung samping satu atau dua kali hingga ketat dan kemas.

• Pakai tali pinggang mengikut keselesaan dan saiz pinggang. Kemudian terus gulung samping ke paras yang anda inginkan. Tapin perlu berada di dalam gulungan samping. 

Produk ini cukup mudah dan praktikal untuk dipakai. Bahan fabrik yang digunakan untuk tali pinggang ini adalah ideal untuk mengelakkan samping daripada menjadi longgar setelah dipakai beberapa ketika dan reka bentuk tanpa buckle memberi keselesaan kepada pemakai.

Boleh didapati dalam warna hitam dan putih dan dua saiz S-M dan X-L. Sempena sambutan Syawal ini, tali pinggang putih dijual pada harga RM25, sementara hitam pada RM26. (Harga biasa adalah RM28 (putih) dan RM29 (hitam). 

Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian di https://smad.com.my/, di mana penghantaran boleh dibuat ke seluruh negara. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan tali pinggang ini secara walk-in di LosraVelda Boutique, Seksyen 7 Shah Alam. Sempat lagi untuk buat persiapan terakhir. Pastikan raya kali ini anda bersamping!

SMAD adalah hasil inspirasi pengasasnya sendiri, Amin Fuad yang selalu menghadapi masalah membetulkan sampingnya setiap kali mengenakan baju Melayu. SMAD dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac secara dalam talian. - Getaran, 11 Mei, 2021

Semua gambar: Ihsan SMAD

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi