web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengasas Sepatu Vans, Paul Van Doren Meninggal Dunia

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 8:25PM

Gambar: Instagram @Vans

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Paul Van Doren, pengasas bersama jenama sepatu Vans telah meninggal dunia pada usia 90 tahun. 

“Dengan berat hati, kami di Vans mengumumkan bahawa pengasas bersama kami, Paul Van Doren, telah meninggal dunia,” tulis ciapan dari akaun Twitter rasmi Vans.

“Paul bukan sahaja seorang usahawan, tetapi seorang inovator.”

Van Doren, telah melancarkan jenama yang cukup tersohor bagi komuniti papan selaju ini bersama adiknya Jim Van Doren dan dua lagi rakan kongsi. 

Kedai Vans yang pertama telah dibuka pada 1966 di Anaheim, California. Pada hari pembukaan kedai itu, seramai 12 orang telah menjadi pembeli pertama sepatu keluaran jenama ini. 

Van Doren mengetuai Vans beberapa kali sepanjang dua dekad sehingga ia dijual pada tahun 1988. Vans kini dimiliki oleh VF Corporation, yang turut memiliki jenama lain seperti Supreme, The North Face, Timberland, Dickies dan JanSport. 

Hari ini, terdapat lebih 300 kedai Vans di seluruh dunia. 

Kurang daripada dua minggu lalu, Van Doren telah melancarkan autobiografinya di Amazon yang bertajuk ‘Authentic: A Memoir by the Founder of Vans,’ yang menceritakan tentang kehidupannya dan perkembangan jenamanya sehingga menjadi sebuah syarikat yang disegani dalam dunia sepatu dan pakaian. 

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Van Doren dan seluruh ahli Vans Family yang telah menghidupkan legasi Paul,” ucap jenama itu melalui Twitter. - CNN

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi