web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anuar Faizal Tampilkan Kelainan Dengan Himpunan ‘One & Only’ Aidilfitri Ini

Pereka fesyen sensasi Anuar Faizal tampilkan koleksi ‘Resort Raya’ untuk bercuti dan beraya.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pereka fesyen yang sentiasa menimbulkan kelainan dan pernah mencetus kontroversi satu ketika dahulu, Anuar Faizal kini kembali mewarnai musim lebaran dengan koleksi baharu yang dinamakan “One & Only ANUARFAIZAL”. 

Koleksi ‘Resort Raya’ ini adalah buah tangan terbaharu beliau dalam memastikan kemeriahan Hari Raya sentiasa dirasai walaupun dunia masih dilambung gelombang pandemik. 

Koleksi ekslusif ini dicipta khas untuk menggalakkan pembeli agar membeli pakaian yang tidak hanya sesuai digayakan semusim sahaja. 

Pemilihan warna dan juga fabrik polos yang dipilih sesuai untuk digayakan ketika bercuti kelak. 

Walaupun negara berada di dalam keadaan terbatas untuk merentas negeri, koleksi ini boleh diguna pakai dan menjadi inspirasi untuk rakyat Malaysia tika bercuti di destinasi pilihan di dalam negara. 

Warna ceria dan asas telah dipilih untuk koleksi kali ini dan digayakan dalam bentuk oversize. Ini merupakan satu langkah di luar kebiasaan Anuar Faizal yang lebih sering sinonim dengan koleksi slim fit. Baju Melayu Cekak Musang dan Teluk Belanga juga diberi nafas baharu bersesuaian dengan koleksi ‘resort’ ini. 

Lazim mengadakan pertunjukan fesyen dan juga penggambaran kempen koleksi fesyen lebaran di luar negara, kali ini Anuar Faizal tampil menonjolkan tempat-tempat yang menarik di dalam negara. 

Mengambil konsep ‘One & Only’, pereka ini telah mencari lokasi yang istimewa dan jarang dipaparkan dalam media. 

Pertunjukan fesyen secara digital yang melibatkan 15 orang model telah dilakukan di persisiran pantai Desaru, Johor dengan mengamalkan norma baharu di mana penjarakan sosial telah dipraktikkan secara meluas, pengambilan suhu setiap model serta kru dan juga pemakaian pelitup muka bagi tenaga kerja di belakang tabir. 

Pertunjukkan fesyen ini juga telah mendapat permit dan kebenaran pihak polis.

“Kalau boleh saya ingin menjadi contoh dalam membuktikan bahawa industri kreatif masih boleh berlangsung dengan mematuhi SOP yang ketat,” jelas Anuar tika ditemui di sesi penggambaran salah satu wajah TARA baru-baru ini. 

Kempen fotografi kali ini lebih condong ke arah fotografi ‘nature-inspired OOTD’ dan telah dipotretkan oleh Encik Azroi Bob manakala video pertunjukan fesyen diterbitkan oleh produksi Cheman dan telah dirakam di tiga lokasi yang berbeza.

Anuar Faizal berharap agar usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutamanya untuk industri kreatif yang amat terkesan akibat pandemik COVID-19. – Getaran, 4 Mei 2021.

Semua gambar: Ihsan Anuar Faizal

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi