web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wardah Lancarkan Rangkaian Penghidratan Bunga Mawar Eropah Asli

Mawar, bukan hanya harum tetapi boleh dijadikan bahan penting untuk produk penjagaan kulit.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Apr 2021 9:15AM

Semua gambar: Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kosmetik dan penjagaan kulit halal Wardah telah melancarkan rangkaian produk baharunya Signature Series Wardah Hydra Rose di Malaysia untuk menangani masalah kecantikan utama wanita – penghidratan. 

Shabrina Salsabila, Ketua Perniagaan Antarabangsa Wardah, Wardah Hydra Rose, berkata, “Komitmen kami terhadap sains penjagaan kulit telah menghasilkan Wardah Hydra Rose, rangkaian produk jenama kami yang paling inovatif dan dihasilkan khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit yang kering dan nyahhidrat akibat kekurangan air, bilik berhawa dingin, kekurangan tidur dan pendedahan kepada cahaya matahari.” 

Dirumuskan dengan bunga-bunga mawar asli dari rantau Eropah, produk-produk Wardah Hydra Rose mengandungi ekstrak Avalanche Rose Oil yang digabungkan dengan 72 Hours Hydrating Active menggunakan teknologi mikro-perangkum. 

Penggabungan kedua-dua ramuan ini dapat melembapkan kulit yang kering serta memberikannya penampilan yang lebih sihat dan berseri. 

72 Hours Hydrating Active mengandungi komposisi yang serupa dengan Natural Moisturising Factor (NMF) yang dihasilkan oleh kulit dan berfungsi meningkatkan kadar air pada lapisan luar kulit. 

Tambahan pula, Hydrating Active turut meningkatkan kadar NMF di dalam kulit. Ekstrak Avalanche Rose Oil pula berfungsi untuk meningkatkan kelembapan kulit dan memastikan kulit sentiasa lembap tanpa henti selama 72 jam, di samping memperbaikinya.

Produk-produk dalam rangkai terbaharu ini ialah: 

  • Wardah Hydra Rose Gel-to-Foam Cleanser yang merupakan pencuci muka yang lembut dan ringan untuk memastikan kulit tidak hilang kelembapannya semasa pencucian. 
  • Wardah Hydra Rose Petal Infused Toner mengimbangi pH dan kelembapan kulit. 
  • Wardah Hydra Rose Micro Gel Serum mengandungi bijian kecil hidrasi berwarna merah jambu untuk meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit. 
  • Wardah Hydra Rose Dewy Aqua Day Gel yang diperkayakan dengan asid bio-hyaluronik melapisi permukaan kulit dan memberikan kelembapan kulit sepanjang hari. 
  • Wardah Hydra Rose Moisture Rich Night Gel melegakan dan menyuburkan kulit pada waktu malam, dan menyediakannya untuk hari berikutnya.

Seiring dengan misi untuk menghasilkan produk-produk yang mengutamakan kesejahteraan para penggunanya dan alam sekitar, setiap produk dalam rangkaian Wardah Hydra Rose ini diperbuat daripada bunga-bunga mawar organik yang telah tumbuh dan dipetik secara lestari. 

Di samping itu, Avalanche Rose Oil diekstrak menggunakan teknologi yang telah dilindungi paten mengikut piawaian-piawaian kelestarian. 

Semasa pelancaran media, Wardah juga telah memperkenalkan Qasrina Karim sebagai wajah Wardah Hydra Rose. Personaliti baharu yang berbakat ini telah menawan hati rakyat Malaysia dengan perwatakan manis dan gaya santainya.

Semua produk Wardah Hydra Rose boleh didapati di cawangan-cawangan Watsons dan Guardian di seluruh negara dan di atas talian di Shopee, Lazada dan Zalora. 

Untuk berita, produk, aktiviti dan promosi terkini Wardah, sila ikuti Wardah Malaysia di Instagram (@wardahbeauty_my) dan Facebook (facebook.com/Wardah-Malaysia). - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

4

TARA 3 tahun yang lalu

Nikmati Rasa Masakan Cina Halal Szechuan Di Restoran Hua Yi Yuan

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi