web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jeans Levi's Dari 1880-An Dilelong Pada Harga Lebih RM400,000

Jeans itu mempunyai butang buckleback dan dibeli oleh Kyle Hautner dan Zip Stevenson. 

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 12:06PM

Seluar jeans Levi's dari tahun 1880-an telah dilelong pada harga lebih RM400,000 dan dibeli oleh Kyle Hautner dan Zip Stevenson. - Gambar dari Instagram denimdoctors

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Sepasang seluar jeans Levi's dari 1880-an yang ditemui di dalam lombong terbiar dilelong pada harga AS$87,400 (RM410,692).

Seluar jeans itu dijumpai di sebuah lombong terbiar di barat Amerika oleh ahli arkeologi denim Michael Harris dan dijual di Durango Vintage Festivus iaitu sambutan denim empat hari di pinggir Aztec, lapor United Press International (UPI).

Jeans itu mempunyai butang buckleback dan dibeli oleh Kyle Hautner dan Zip Stevenson. 

Hautner membayar 90 peratus daripada harga itu, manakala Stevenson menyumbang baki 10 peratus.

Stevenson yang memiliki dan mengendalikan kedai pembaikan Denim Doctors di Los Angeles berkata seluar itu adalah penemuan yang jarang berlaku.

"Seluar jeans ini sangat jarang dijumpai terutamanya saiz dan keadaannya masih elok," UPI memetik katanya kepada CNN.

Stevenson berkata Harris telah meneliti sekurang-kurangnya 50 lombong terbiar selama lima tahun lalu dan tidak menemui sesuatu yang mempunyai kualiti sama.

Beberapa jeans Levi dari tahun yang sama diketahui masih wujud, tetapi kebanyakan dipamerkan di muzium dan dianggap tidak lagi boleh dipakai. 

Beliau berkata seluar yang dilelong itu sebaliknya, boleh dipakai dengan melakukan sedikit pembaikan kecil.

Seluar jeans itu kini disimpan di dalam peti deposit keselamatan berhampiran Denim Doctors dan boleh dilihat melalui temujanji. 

Pemiliknya berharap dapat menjual seluar itu ke muzium untuk paparan umum. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 5 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN