web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


CALAQISYA x DISNEY: Persalinan Santun Inspirasi Daripada Si Jahat

CalaQisya mahu mencipta satu kelainan dan percaya watak-watak antagonis Disney ini masih punya sisi positif. Mari kenali koleksi terbaru jenama busana santun ini.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 8:40AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan kolaborasi sulung CalaQisya X Disney Mac lalu, jenama busana santun ini kembali dengan koleksi yang melangkaui imaginasi.  Masih bersama Disney, tetapi kali ini CalaQisya tampil berani dengan mengetengahkan aura watak jahat karakter filem Disney.

Untuk kolaborasi yang disifatkan malar segar ini, CalaQisya menitip semangat watak antagonis Disney popular iaitu Evil Queen (filem Snow White), Cruella (101 Dalmatians) dan Maleficent (Sleeping Beauty dan Maleficent).

Untuk koleksi CalaQisya X Disney ini, sebanyak enam rekaan kaftan polos diberi nama unik seperti Spell, Creepers, Cruella, Vein, Conjure (hadir dalam dua versi) ditawarkan dalam 25 rona menawan. Setiap rekaan diperhalusi dengan cukup terperinci, daripada seni garisan sehinggalah ke sulaman di mana benang sulaman pada kaftan Spell dan Creepers mampu bercahaya dalam gelap.

“Sedia maklum, rekaan kami dikenali lebih kasual, santai dan mesra ibu menyusu badan. Untuk koleksi istimewa ini, anda akan dapat lihat sulaman halus pada fabrik yang menekankan pada kesantuan CalaQisya. Ianya tidak keterlaluan namun kekal pada landasan tema ‘sisi jahat’ dalam diri kita,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif CalaQisya, Yana Khairuddin.

Mengulas lanjut tentang inspirasi terbaru ini, Yana memberitahu CalaQisya mahu mencipta satu kelainan dan percaya watak-watak antagonis ini masih punya sisi positif. Mereka percaya setiap daripada kita punya ‘sisi jahat’ apabila berhadapan dengan individu yang menjengkelkan. 

“Setiap kali mengulang tonton semua filem Disney ketika sedang membesar, kami mula memahami mengapa karakter ini berkelakuan sedemikian. Kami mula faham setiap kata-kata diungkap terutama apabila ia dikaitkan dengan persekitaran dunia hari ini. Namun, sudah tentu ianya jauh lebih dramatis di dalam filem.

"Sebagai contoh, Cruella adalah individu yang bercita-cita tinggi, Evil Queen seorang yang bangga diri tetapi hakikatnya dia seorang wanita yang mengagungkan kecantikan.

"Tapi kini, kita boleh saja capai kecantikan itu dengan produk penjagaan wajah, tak perlu sehingga membunuh Snow White,” ujar Yana sambil berseloroh.

Jika difikirkan, memang benar watak-watak antagonis yang ditampilkan oleh Disney punya sisi positif dan setiap tindakan mereka punya sebab tersendiri.

Maleficent menyerang manusia kerana dia diperdaya dan dizalimi oleh insan yang paling disayangi terlebih dahulu. Insiden ini menjadikan Maleficent tidak mudah percaya kepada orang lain, namun sanggup melakukan apa saja untuk melindungi mereka yang disayanginya. 

“Saya sendiri cukup rasa dekat dengan watak Cruella. Kata-katanya yang berbunyi ‘Lebih ramai wanita kalah dalam perkahwinan berbanding bila berdepan kebuluran, penyakit dan bencana’ cukup menusuk kalbu. Mungkin tidaklah sedramatis Cruella tetapi ia adalah ungkapan yang saya akan kaitkan dengan perkahwinan dan bila mencari teman hidup,” ulas Yana.

Terdahulu, CalaQisya telah mengadakan kolaborasi istimewa dengan Disney sempena tayangan filem Raya And The Last Dragon di mana koleksi kaftan dengan lima cetakan warna berlatar belakangkan pemandangan dalam filem berkenaan selain empat warna selendang bercetak juga getah rambut telah ditawarkan.

Peminat CalaQisya boleh dapatkan koleksi ini pada harga di antara RM199 sehingga RM289. Untuk maklumat lanjut mengenai CalaQisya, sila layari laman web CalaQisya di www.calaqisya.com atau ikuti mereka di akaun Instagram @calaqisya. – Getaran, 13 April 2021

Semua gambar: CalaQisya

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi