web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syafiq Kyle Sebagai Wajah Bell & Ross Malaysia

Bell & Ross memilih Syafiq Kyle bersama Pei Yong dan Ethan Chu sebagai ‘rakan jenama’ mewakili jenama jam tangan mewah mereka di Malaysia.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bell & Ross – syarikat jam tangan aeronautik mewah berbesar hati melantik pelakon dan selebriti terkenal, Syafiq Kyle sebagai wajah Bell & Ross Malaysia!

Bagi mencipta semula prinsipnya yang selari dengan identiti urban terbaharu, Bell & Ross melancarkan Friends of the Brand, sesuai dengan BR 03 dan BR 05 Collection.

Tidak hanya Syafiq Kyle, Bell & Ross turut mengangkat dua lagi personaliti tempatan iaitu Phei Yong (DJ Radio) dan Ethan Chu (Penata Gaya Selebriti). Ketiga-tiga personaliti urban ini mencerminkan nilai-nilai Bell & Ross.

SYAFIQ KYLE

Siapalah yang tidak mengenali Syafiq Kyle, bukan? Pelakon yang sangat terkenal di dunia drama dan filem Malaysia ini mula dikenali sejak dinobatkan sebagai Naib Hero Remaja 2012.

Semenjak itu, Syafiq mula melebarkan sayap di pentas lakonan dan memenangi banyak anugerah berprestij berkat lakonan mantapnya. Rahsia kejayaan Syafiq? Tidak lain tidak bukan, melakonkan watak dengan serius dengan memberi 100 peratus komitmen dalam bidang lakonan. 

Bell & Ross BR 03 Diver adalah peneman paling sesuai dengan gaya hidup dan jadual padat Syafiq dalam mengharungi hari-hari yang penuh dengan set penggambaran dan cabaran di masa hadapan. Tahan lasak, jam tangan ini direka khusus bagi menemani si pemakainya, baik di atas darat, mahupun di dalam lautan. 

Semua gambar: Bell & Ross Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Persiapan Perkahwinan Sudah Siap 100 Peratus – Syafiq Kyle Tunggu Masa Untuk Lafaz Akad Nikah Mimi Lana

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aliff Syukri Tak Tahan Dimaki, Terpaksa Jujur Pasu Pecah Sekadar ‘Prank’

4

TARA 3 tahun yang lalu

Hublot Dan Takashi Murakami Lancar Koleksi Jam Tangan Dan NFT Unik

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi