web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cecah 4 Juta Tontonan, 'Ayahanda' Bukti Karya Sastera Dihargai 

Drama bersiri arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar ini berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati penonton, menampilkan barisan pelakon berwibawa dengan penghayatan lakonan yang tinggi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 6:35PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah acapkali kita dihidangkan dengan drama bersiri kekeluargaan yang melibatkan perebutan kuasa dan harta, pertengkaran sesama ahli keluarga, kisah ibu mertua tidak berkenan dengan menantu serta isteri menjalinkan hubungan dengan lelaki lain kerana tidak rela dicintai suaminya.

Temanya hanya berputar di situ sahaja, cuma kisah dan jalan ceritanya sahaja yang diubah dan dirombak untuk menampakkan kelainan. Saat penonton dahagakan pengisian drama yang lebih realistik dan berkualiti, 'Ayahanda' hadir mengisi kekosongan ini. 

Drama bersiri 13 episod yang diadaptasi daripada novel karya Azizi Abdullah dan diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah memberikan lebih ruang kepada pengarah, penulis skrip dan para pelakon handalan untuk berkarya secara kreatif serta menzahirkan perjalanan kisah hidup Haji Abdullah dengan lebih terperinci dan sempurna. 

Ternyata percubaan TV3 untuk mengangkat novel 'Ayahanda' ke medium lebih popular supaya lebih ramai penonton boleh menghayati hasil karya agung tempatan ini meraih banyak pujian serta menerima respon luar biasa daripada penonton. 

Menerusi episod akhir yang bersiaran pada 31 Julai 2021 lalu, drama bersiri terbitan Zeel Production ini meraih 4 juta tontonan.  

Gandingan mantap Jalil Hamid dan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra disapa sebagai Ogy telah memberikan sentuhan magis menerusi watak suami isteri, Haji Abdullah dan Hajah Noriah yang berhadapan pelbagai konflik dengan anak-anak mereka iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). 

Jalan cerita yang dipaparkan juga meruntun hati penonton apatah lagi di saat ini ramai merindui orang tua dan keluarga apabila tidak dapat pulang ke kampung berikutan COVID-19.

Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel berkata, pihaknya menganggap peluang untuk mengangkat naskhah hebat Allahyarham Azizi Abdullah ke drama bersiri adalah satu penghargaan yang besar buat syarikat produksinya, apatah lagi beliau adalah tokoh sasterawan yang amat disegani. 

‘Saya bersyukur dengan penerimaan baik, respon dan pujian daripada penonton, rakan industri dan semua pihak yang menonton drama ‘Ayahanda’ ini. 

“'Ayahanda' naskhah istimewa dan ditayangkan pula pada saat kita tidak boleh ke sana-sini kerana COVID-19. Rami yang menonton ikut sama merindui mak, ayah dan keluarga mereka di kampung.”

“Saya juga berasa bersyukur kerana drama ini berjaya menjentik emosi dan mengingatkan penonton untuk selalu menghargai ibu bapa sementara mereka masih ada. Saya sendiri menangis menonton kerana rindukan arwah mak dan ayah saya. 

Fadzil Teh.    Gambar: Facebook Fadzil Teh
Fadzil Teh. Gambar: Facebook Fadzil Teh

“Semoga drama ini memberi teladan yang baik buat semua. Saya juga ucapkan terima kasih kepada penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka, pengarah, penulis skrip, barisan pelakon, kru terutamanya pelakon Ogy Ahmad Daud dan abang Jalil yang menghidupkan naskhah ini serta semua pihak yang terlibat dalam drama ini. Semoga akan ada lebih banyak lagi adaptasi karya sastera pada masa akan datang, Insya-Allah,” katanya. 

'Ayahanda' yang diarahkan Datuk Ahmad Tamimi Siregar, nukilan skrip Maizura Mohd Ederis dan Wan Mahani Wan Hassan ini meninggalkan kesan mendalam di hati penonton kerana ia menampilkan barisan pelakon berwibawa dengan penghayatan lakonan yang tinggi sehingga berjaya meraih perhatian pelbagai pihak. 

Tidak hairanlah mengapa ia berjaya mencatat 2.4 juta tontonan secara purata selepas bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam bermula 10 Julai lalu. Kejayaan 'Ayahanda' membuktikan pengolahan hasil karya sastera juga berupaya mendapat sambutan baik jika dipersembahkan dengan kemas oleh penggiat seni yang berpengalaman dan berbakat besar. 

Selain itu, 'Ayahanda' turut menjadi bualan hangat di platform media sosial dan dibanjiri dengan komen-komen positif warganet yang tersentuh hati dengan naskhah istimewa ini. Mereka yang teruja melayan drama ini tidak putus-putus memberikan kata-kata pujian kepada penerbit, pengarah, pelakon dan tenaga produksi. 

Sekalung tahniah buat TV3, Zeel Productions dan seluruh produksi yang telah menjayakan pembikinan drama bersiri ini. Di harap, usaha untuk mengangkat naskhah sastera akan diteruskan dari masa ke semasa. 

Tentang Sasterawan Allahyarham Azizi Abullah 

Allahyarham Azizi Abdullah penulis tersohor, penerima Anugerah S.E.A Write 1988, dikurnia pingat Ahli Mangku Negara oleh Yang Dipertuan Agong dan merupakan penerima tujuh kali Anugerah Hadiah Karya Sastera. 

Naskhah Allahyarham ini bertemakan kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak serta kesetiaannya terhadap agama. Walaupun novel ini diterbitkan pada 1997, tema dan jalan cerita yang dipaparkan masih dekat dengan realiti kehidupan kita hari ini. 

Penerapan nilai-nilai moral dalam kandungan cerita ini juga boleh dijadikan rujukan penonton untuk berubah menjadi lebih baik terutama dalam menghargai pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa. - Getaran, 11 Ogos 2021

Gambar: TV3

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN