Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TV3 & Tonton Persembahkan 6 Drama Menarik Sepanjang Ramadan Dan Raya

Redza Rosli, Alvin Chong, Chacha Maembong, Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, dan Nabila Huda antara nama popular yang akan beraksi dalam drama-drama ini.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 7:59PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap tahun, apabila tibanya Ramadan dan musim perayaan, pasti ada drama yang menjadi bualan ramai sehingga sohor di media sosial.

Bertemakan ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’, TV3 dan Tonton bakal merancakkan lagi Ramadan Raya 2024 ini menerusi sajian drama-drama menarik khas buat penonton setia.

Selain mahu mengimbau nostalgia raya di era 80-an dan 90-an, tema kali ini juga cuba menyampaikan tanda peringatan kepada penonton untuk kembali menyambut perayaan ini bersama yang tersayang dengan penuh kemesraan demi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV3 & Tonton, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Ketua Pegawai Pemasaran Media Prima Berhad, Amir Rasyidi Johari, pihaknya tahun ini menitikberatkan inovasi dalam jalan penceritaan serta mengutamakan karya skrip berkualiti tinggi dan pihak produksi yang terbaik untuk menghasilkan drama TV3 dan Tonton.

“Barisan drama kali ini lebih istimewa kerana kami lebih tumpukan kepada situasi semasa yang dapat dikaitkan dengan penonton supaya mereka merasai dan menjiwai drama yang ditonton.

“Antara isu yang kami cuba terapkan adalah isu semasa, kekeluargaan dan sosial yang relevan. Ini membuatkan sesuatu drama itu lebih menonjol dan dekat di hati penonton,” katanya

Berikut adalah enam judul drama berserta sinopsis yang menanti di kedua-dua platform ini.

1. Iskandar Chempaka – Slot Lestary

Mulai 7 Mac 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pada jam 9 malam

Pelakon: Muaz Zabir, Harissa Adlynn, Raja Azura, Alvin Chong dan Chacha Maembong.

Menceritakan tentang kesusahan pasangan remaja yang mendirikan rumah tangga pada usia yang muda yang ditetapkan oleh ibu mentua.

Iskandar (Muaz Zabir) dan Chempaka (Harissa Adlynn) jatuh cinta sejak di bangku sekolah. Iskandar seorang jaguh olahraga dan menjadi kegilaan ramai, manakala Chempaka pula adalah ‘the girl next door’.

Pasangan yang disangkakan tidak akan berkekalan ini beranjak ke alam rumahtangga. Rumah tangga yang disangkakan manis bertukar apabila Iskandar rupanya anak emak! Ini membuatkan kehidupan Iskandar dan Chempaka ditetapkan oleh Naema, ibu Iskandar.

2.  Wanita Syurga - Slot Akasia TV3

Mulai 15 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 6:58 petang

Pelakon: Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana, Nazim Othman dan Marissa Yasmin.

Drama bersiri ini menceritakan tentang Ardini (Siti Khadijah Halim) yang ikhlas menjadi isteri kepada Amar (Redza Rosli), lelaki yang dicintainya namun ketika cintanya dikhianati dia juga harus bersedia kehilangan kedua-dua permata hatinya, Wana dan Warith.

Kisah bermula apabila Ardini meninggalkan kerjayanya sebagai pereka dalaman semata-mata untuk memberi tumpuan kepada keluarganya.

Kehidupan Ardini dan Amar bahagia di samping dua cahayamata mereka iaitu Wana dan Warith. Namun, langit tidak sentiasa cerah, sehingga kemunculan orang ketiga, Alin (Riena Diana).

Amar dan Alin berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Sejak itu, kehidupan Ardini dan anak-anaknya terabai kerana Amar melebihkan Alin kerana dia seorang yang bekerjaya.

Wanita Syurga juga boleh strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas siaran TV dalam sari kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia secara percuma pada bila-bila masa melalui aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.

3. Lelaki Itu – Slot Samarinda

Mulai 19 Mac 2024, setiap Isnin hingga Khamis, pada jam 10 malam

Pelakon: Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Nadia Brian, Hannah Delisha dan Sophia Al-Barakbah.

Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya. Itulah kisah yang akan ditampilkan dalam drama ini.

Syed Mirza (Datuk Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan.

Namun, kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong.

4. Kuih Muah - Tonton Original Series

Mulai 11 April 2024, 2 episod pada setiap Khamis

Pelakon: Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Raden Zaharatul, Muaz Zabir dan Kismah Johar

Kecewa dengan berita perceraian ibu bapanya yang mengejutkan, Adam (Shukri Yahaya) yakin bahawa dengan menyelamatkan perniagaan kuih keluarganya yang hampir mati, dia juga boleh menyelamatkan perkahwinan ibu bapanya.

Adam berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kuih sehingga membuatkan tunangnya, Ruhana (Raden Zaharatul) kecewa.

Berbekalkan resipi dan tunjuk ajar daripada nenek (Kismah Johar), Adam mempelajari seni membuat kuih.

Persaingan tercetus apabila Kyle (Muaz Zabir), rakan sekolah yang sudah lama bermusuh dengan Adam tiba-tiba muncul dengan perniagaan kuih muih konsep hipster. Kyle bukan sahaja mengancam perniagaan keluarga Adam, tetapi dia juga merancang untuk merampas Ruhana daripada Adam!

5. Helo, Saya Anak Uncle! - Ramadan Mini Series

Mulai 17 Mac 2024, setiap hari Ahad, pada jam 9 malam

Pelakon: Izzue Islam, Zara Zya, Rania Amanda, Aprena Manrose dan Raden Zaharatul

Dr. Suhael (Izzue Islam), seorang doktor pakar kanak-kanak yang saban hari dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak. Kehadiran seorang anak kecil, Ciara yang tiba-tiba mengaku sebagai anaknya telah mengkucar-kacirkan hidupnya.

Dia merasakan dunianya gelap, hidup yang dulunya bebas dan tidak terikat dengan komitmen kini telah dibebani dengan tanggungjawab sebagai ayah! Kehadiran Ciara telah menggugat posisi Mira (Raden Zaharatul) sebagai teman wanita Dr Suhael.

6. Ya, Cikgu - Raya Mini Series

Raya Pertama hingga Raya Kelima, jam 10.30 pagi

Pelakon: Trisha Ooi, Fadhli Masoot, Khir Rahman, Ku Faridah Ku Shafie dan Afifah Nasir

Kehendak jiwa yang berbeza telah menimbulkan perbalahan antara Amin (Fadhli Masoot) dan bapanya, Cikgu Zaman (Khir Rahman).

Cikgu Zaman mahukan anaknya meneruskan legasi keluarga untuk menjadi seorang cikgu walaupun Amin lebih cenderung untuk menceburi bidang seni.

Sahabat baik Amin, Medina (Trisha Ooi) juga bersependapat dengan Cikgu Zaman kerana Medina adalah guru praktikal di kampung itu. Bagaimanapun, Amin tetap meronta-ronta untuk menceburi bidang seni dan sering menghadiri uji bakat lakonan.

Keadaan menjadi kecoh apabila Amin mengumumkan yang dia berjaya mendapat kerja sebagai cikgu tetapi di sebuah sekolah memandu. Bagaimanakah penerimaan Cikgu Zaman terhadap kerjaya Amin?

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. – Getaran, 9 Mac 2024

Foto : TV3

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran