web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


No More Bets Kaut RM10 juta Selepas 4 Hari Ditayangkan

Mengisahkan dua individu yang terperangkap dalam skim penipuan dalam talian era digital

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Sep 2023 8:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem No More Bets mencipta sejarah apabila menjadi filem berbahasa Cina pertama yang mendapat kutipan RM10 juta hanya dalam tempoh empat hari sejak ditayangkan pada 7 September lalu.

Menampilkan pelakon handalan seperti Lay Zhang, Gina Jin, Yong Mei dan Eric Wang, film arahan Ao Shen ini juga menjadi filem berbahasa Cina yang paling banyak ditonton serta pantas mencecah kutipan tertinggi.

No More Bets mengisahkan dua individu yang terperangkap dalam skim penipuan dalam talian era digital sehingga mereka dipergunakan dan dipaksa untuk menjalankan aktiviti jenayah siber yang berleluasa.

Malah, hasil penipuan tersebut, seorang mangsa hampir membunuh diri dan menyebabkan polis mula menyiasat dalang di sebalik jenayah siber yang menyebabkan ramai individu kerugian jutaan ringgit.

Diterbitkan oleh Dirty Monkeys, No More Bets diharap mampu memberi iktibar dan manfaat terutama kepada mereka yang terdedah serta mudah ditipu oleh skim jenayah siber.

Malah, No More Bets bukan sekadar sebuah filem tetapi satu manifestasi tanggungjawab sosial, mengingatkan penonton untuk terus berwaspada dan menjauhi bahaya penipuan dalam talian.

“Kejayaan filem ini telah mengatasi kutipan pecah panggung sebelum ini dan satu medium sosial yang positif, menggalakkan penonton untuk berani menghadapi cabaran keselamatan siber,” katanya dalam satu kenyataan.

Filem No More Bets diedarkan oleh Megafilms Distribution dan kini berada di pawagam seluruh negara. – Getaran, 18 September 2023

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN