web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedia Penonton Membenci Wataknya, Puteri Sarah Liyana Akui Seronok Jadi 'Penyondol'

Sering kali membawakan watak sedih dan perempuan kampung, kali ini Puteri Sarah Liyana mencabar diri dengan membawakan watak antagonis sebagai seorang perampas suami orang dalam drama terbaru berjudul Hijrah Jannah.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 2:05PM

Puteri Sarah Liyana - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana akui dia seronok membawakan watak sebagai seorang ‘penyondol’ dalam drama terbarunya yang berjudul Hijrah Jannah.

Menurut Puteri Sarah, dia belum pernah membawakan watak antagonis, dan kali ini dia mahu membuktikan kredibilitinya sebagai seorang pelakon. 

“Kali ini saya cuba untuk bawa watak yang lain daripada yang lain. Saya tak pernah melakonkan watak antagonis sebelum ini. Watak Munirah ini mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon. 

“Sebelum ini sewaktu saya belum berkahwin dan tidak berhijab, selalu dapat watak anak orang kaya. Kemudian selepas berhijab, dapat watak sedih dan perempuan kampung. Kali ini dapat watak jahat dan perampas,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Hijrah Jannah. 

Puteri Sarah akui watak Munirah dalam Hijrah Jannah mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon. 
Puteri Sarah akui watak Munirah dalam Hijrah Jannah mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon. 

Memandangkan ketika berlakon drama ini, dia juga turut berhadapan dengan kemelut rumah tangga yang melibatkan ‘penyondol’. Ditanya adakah dia terbawa-bawa emosi dan terkesan dengan apa yang berlaku, kata Sarah perkara itu tidak terjadi.

“Saya tak ada masalah membawa watak ini. Saya sejenis kalau ada masalah peribadi, saya tidak akan campur adukkan dengan kerja. Sewaktu saya berlakon drama Andai Itu Takdirnya pun, saya sedang berhadapan masalah rumah tangga. Tetapi bila saya berada di set penggambaran, roh watak itu terus masuk,” ujarnya.  

Sebagai seorang yang pernah berhadapan dengan ‘penyondol’ dalam rumah tangganya, Sarah akui dia tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan kehidupan realitinya.

“Saya tahu penonton akan cuba kaitkan juga. Memang akan jadi isu perkara ini. Tetapi pada saya kenapa tidak saya cuba sesuatu yang baru? Saya rasa sangat seronok. Saya tak tahu kenapa, tetapi saya rasa sangat seronok bawa watak ini,” jelasnya.

Sebagai seorang yang pernah berhadapan dengan ‘penyondol’ dalam rumah tangganya, Sarah akui dia tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan kehidupan realitinya.
Sebagai seorang yang pernah berhadapan dengan ‘penyondol’ dalam rumah tangganya, Sarah akui dia tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan kehidupan realitinya.

Kata ibu kepada dua orang anak ini, dia juga sudah bersedia andai penonton membenci wataknya dalam drama ini.

“Saya takut juga sebenarnya sebab orang sudah mula sayangkan watak Umairah dalam drama Andai Itu Takdirnya. Dalam drama Hijrah Jannah ini saya pasti ramai akan membenci watak saya dan Aida Khalida. 

“Sebab itu saya rasa watak ini macam sangat menarik untuk saya. Sebelum ini saya rasa seperti tidak dapat mengembangkan bakat lakonan saya. Orang mungkin pandang saya sekadar berwajah cantik. Saya tak mahu dilabel seperti itu,” kongsinya.

Selain Puteri Sarah, drama Hijrah Jannah yang diarahkan oleh Feroz Kader ini turut dibintangi oleh Remy Ishak, Daniella Sya, Ezaidi Aziz, Daniel Fong dan ramai lagi. Hijrah Jannah mula menemui penonton di slot Tiara pada 5 Jun 2023 setiap Isnin hingga Jumaat di saluran Astro Ria. – Getaran, 6 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...