web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pernah Terfikir Apa Akan Jadi Jika Memori Anda Dimanipulasi, ‘Alter-Naratif’ Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk!

Menurut pengarah drama ‘Alter-Naratif’,  Faizal Ishak, walaupun siri ini bertemakan thriller psikologi namun terasnya tetap mengenai kemanusiaan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 6:10PM

Alter-Naratif memaparkan kecanggihan teknologi yang mampu memadamkan memori silam dan menggantikan dengan yang baharu. - Gambar VIU

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mampukah memori seseorang dipindah atau dilupuskan sehingga membuatkan seseorang itu benar-benar lupa apa yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Pernahkah anda bayangkan adanya sebuah agensi yang mampu memadam, mengolah dan menokok tambah memori serta memanipulasi pemikiran anda menggunakan kecanggihan teknologi supaya anda melupakan kisah silam?

Lagi hebat apabila teknologi berkenaan mampu mencipta dan menanam memori baharu yang indah mengikut keperluan dan kehendak peribadi masing-masing.

Ia boleh ditonton menerusi sebuah siri berjudul ‘Alter-Naratif’ terbaharu terbitan platform penstriman popular pan Asia Viu.

Drama sains fiksyen ‘Alter-Naratif’ terbitan original platform OTT Viu ini mengetengahkan tema thriller psikologi yang semakin diminati dalam kalangan penonton tempatan.

‘Alter-Naratif’ menceritakan tentang Electric Dust Agency, sebuah syarikat yang menawarkan sat perkhidmatan yang unik - pengubahsuaian memori yang boleh membuang memori traumatik dan menukarnya kepada memori baru. 
‘Alter-Naratif’ menceritakan tentang Electric Dust Agency, sebuah syarikat yang menawarkan sat perkhidmatan yang unik - pengubahsuaian memori yang boleh membuang memori traumatik dan menukarnya kepada memori baru. 

Menurut pengarah drama ‘Alter-Naratif’,  Faizal Ishak, walaupun siri ini bertemakan thriller psikologi namun terasnya tetap mengenai kemanusiaan.

“Sebenarnya, dekat negara kita drama -drama genre sains fiksyen dan thriller ini masih sesuatu yang baharu yang disajikan kepada penonton. 

“Lazimya, drama lokal kita semuanya cerita lebih kurang dan siri thriller atau sain fiksyen ini mesti dari luar negara.

“Jadi sebagai percubaan baharu, kita membawa drama Melayu genre sains fiksyen. Ramai kini memilih untuk menonton drama genre ini. Walaupun ‘Alter-Naratif’ ini bergenre thriller psikologi, namun terasnya masih ada tentang kekeluargaan dan kemanusiaan dalam penceritaanya,” katanya kepada Getaran. 

Jelas Faizal, karaya ‘Alter-Naratif’ ini merupakan idea asal pemenang program Viu Pitching Forum yang menyediakan platform kepada penulis skrip baharu di seluruh rantau.

Katanya, skrip bagi ‘Alter-Naratif’ diolah beberapa kali dari idea asal Aina Izzah bagi menjadikan ia sebuah naskah yang sesuai bagi penonton negara ini. 

Tambah Faizal, kecanggihan teknologi yang diketengahkan dalam ‘Alter-Naratif’ ini mampu menjadi realiti dalam tempoh masa lima tahun lagi.

‘Alter-Naratif’ menceritakan tentang Electric Dust Agency, sebuah syarikat yang menawarkan sat perkhidmatan yang unik - pengubahsuaian memori yang boleh membuang memori traumatik dan menukarnya kepada memori baru. 

Nabila Huda turut membintangi Alter-Naratif
Nabila Huda turut membintangi Alter-Naratif

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat ini, Mel Isa berazam untuk membawa teknologi EDA ke aras yang baru, justeru menjadi perintis dalam bidang psikoterapi di masa akan datang. 

Bagaimanapun, Mel mula mengalami halusinasi yang sukar dijelaskan dan usahanya mencari kebenaran merungkai rahsia dua dekad yang lepas. 

Mel mengesyaki yang mindanya kini diubahsuai dan tiada sesiapa yang boleh dia percaya termasuklah dirinya sendiri.

Enggan mendiamkan diri, Mel memulakan siasatan bagi mengetahui apa yang sebenarnya menjadi dan secara tidak langsung telah mendedahkan sisi gelap EDA iaitu korupsi yang telah berlaku di syarikatnya dan menghidupkan kembali jenayah yang berlaku 20 tahun lalu.

Siri lapan episod yang bakal membuat ramai tidak senang duduk dan berfikir mengenai kesudahannya ini merupakan idea asal Aina Izzah dan diarahkan oleh Faisal Ishak.

Dengan menampilkan gandingan hebat pelakon-pelakon wanita yang pernah memenangi pelbagai anugerah, termasuklah Nabila Huda, Liyana Jasmay dan Neera Azizi ‘Alter-Naratif’ menemui penonton bermula 25 Mei lalu, dengan episod baharu disiarkan pada setiap hari Khamis.

Drama in turut dibintangi ramai pelakon berbakat seperti Gambit Saifullah, Rahim Omar, Adlin Aman Ramlie, Namron, Anas Ridzuan dan Gisnervern Arikrishnan. – Getaran, 30 Mei 2023.

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa