web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Izzue Islam Dipilih Sebagai Hos Baru Muzik Muzik 38, Tiada Isu Mencaras Tempat Muaz

Pernah dijemput sebagai hos undangan, siapa sangka tuah menjadi milik artis serba boleh, Izzue Islam apabila dia dipilih menjadi hos program hiburan Muzik Muzik 38

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 3:17PM

Izzue Islam - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis versatil, Izzue Islam tidak menyangka bermula dengan hanya menjadi hos jemputan, kini dia telah diberikan tanggungjawab untuk menggalas peranan sebagai hos tetap program hiburan Muzik Muzik 38. 

Sebelum dilantik sebagai hos bagi musim terbaru Muzik Muzik, Izzue juga telah digandingkan bersama pengacara musim terdahulu iaitu Muaz sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik 37. 

"Saya langsung tak pernah terfikir akan menjadi hos tetap program Muzik Muzik. Sewaktu dijemput menjadi hos jemputan dulu pun saya cuma datang untuk 'have fun' bersama hos tetap dan jalankan tugas. 

"Sama juga sewaktu saya ditawarkan untuk menjadi hos bersama sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik 37. Saya ingatkan mereka mahu saya jadi pengacara di belakang pentas atau karpet merah kerana sebelum ini saya banyak lakukan tugas itu. 

"Saya rasa sangat teruja dan terharu kerana diberi peluang untuk mengendalikan program sebesar ini," katanya ketika ditemui di sidang media memperkenalkan pengacara baru Muzik Muzik. 

Sebelum dilantik sebagai hos bagi musim terbaru Muzik Muzik, Izzue juga telah digandingkan bersama pengacara musim terdahulu iaitu Muaz sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik 37. 
Sebelum dilantik sebagai hos bagi musim terbaru Muzik Muzik, Izzue juga telah digandingkan bersama pengacara musim terdahulu iaitu Muaz sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik 37. 

Tambah Izzue lagi, dia tidak dapat lari daripada berasa gementar kerana perlu mengendalikan program ini seorang diri tanpa hos bersama. 

"Sejujurnya saya sebenarnya gementar kerana saya tengok sebelum ini sebanyak hos Muzik Muzik berpasangan. Konsep sebelum ini juga lain, ada 'live band'. Kali ini cuma saya seorang diri bersama tetamu jemputan.

"Tetapi Insya Allah, saya akan cuba buat yang terbaik dan minta tunjuk ajar daripada pihak produksi," ujarnya. 

Izzue berjanji untuk memberikan yang terbaik sebagai pengacara baharu Muzik muzik 38.
Izzue berjanji untuk memberikan yang terbaik sebagai pengacara baharu Muzik muzik 38.

Ditanya adakah dia tidak takut andai dikatakan cuba mencaras kedudukan Muaz sebagai hos Muzik Muzik, kata Izzue, dia percaya  isu caras-mencaras itu tidak akan timbul.

"Insya Allah semuanya okay. Saya pun baik dengan Muaz. Dia juga telah menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai hos Muzik Muzik 37. 

“Saya diberi tugas untuk kendalikan musim baru. Bukan saya ambil tugasnya ketika dia masih menjadi hos. Saya tiada masalah dengan Muaz, saya harap dia juga begitu," katanya.

Dari kiri, Penerbit Muzik Muzik 38, Aeizul Reeza Ismail,  Izzue Islam dan Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 38 , Muhamad Sufian Che Isa.
Dari kiri, Penerbit Muzik Muzik 38, Aeizul Reeza Ismail,  Izzue Islam dan Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 38 , Muhamad Sufian Che Isa.

Sementara itu mengulas mengenai pemilihan Izzue sebagai hos baru Muzik Muzik, Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 38 iaitu Muhamad Sufian Che Isa berkata, Izzue menepati kriteria yang diperlukan untuk musim terbaru. 

"Kami di pihak produksi ingin naikkan rating Muzik Muzik 38 ini dengan lebih tinggi. Pelbagai kriteria yang kami lihat dari segi kandungan, persembahan, penampilan, dan penyampaian. 

"Izzue antara pengacara yang popular, punya ramai pengikut, berpenampilan menarik dan mempunyai pengetahuan dalam bidang muzik. 

Kami harap dengan semua kriteria yang ada pada Izzue ini dapat membantu memberikan rating yang lebih baik untuk musim baru Muzik Muzik," kongsinya. 

Selain menampilkan hos baharu, antara pembaharuan yang dibuat oleh Muzik Muzik 38 adalah dengan menambah segmen khas untuk peminat industri muzik tempatan khususnya peminat konsert melalui segmen Muzik Mania.

Segmen terbaru ini akan menampilkan jemputan khas daripada pemuzik tanah air untuk berkongsi tentang info terkini dan konsert yang akan berlangsung dalam negara. Lebih istimewa lagi, penonton juga dapat merebut peluang untuk memenangi tiket ke acara-acara muzik yang dianjurkan melalui segmen tersebut. 

Antara segmen lain yang terus disajikan dalam program ini adalah sesi temubual bersama penyanyi jemputan, pencalonan baharu mingguan dan carta lagu mingguan yang diundi oleh peminat. 

Muzik Muzik 38 bakal memulakan siarannya pada 2 April ini setiap hari Ahad jam 12.00 tengah hari di TV3. - Getaran, 30 Mac 2023. 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...