web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem P. Ramlee Bawa Pengajaran Rentas Zaman

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 5:00PM

Allahyarham P. Ramlee - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Sarawak semalam menganjurkan program tayangan filem dan apresiasi sempena Hari Seniman Kebangsaan.

Filem seniman agung tanah air Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Anakku Sazali menjadi filem pilihan program yang diadakan di Auditorium Finas Sarawak di Jalan Sultan Tengah di sini.

Pengarah Finas Borneo, Mohammad Rizal Mohamed Yunus berkata acara tersebut diadakan bagi mendedahkan masyarakat kepada filem arahan P. Ramlee selain membincangkan serta mendalami nilai-nilai baik yang boleh menjadi pengajaran kepada penonton.

Jelasnya walaupun karya-karya P. Ramlee sudah lama diterbitkan namun ia masih relevan dan menjadi ingatan sehingga hari ini.

Malah tambahnya filem Allahyarham juga masih menjadi rujukan pembikin filem terutamanya dari aspek teknikal seperti jalan cerita dan juga skrip. 

“Ini menunjukkan kita masih melihat filem P. Ramlee sebagai satu rujukan malah mampu memberi satu inspirasi buat generasi akan datang,” katanya semasa menjadi panel program apresiasi yang membincangkan karya P. Ramlee pada acara berkenaan.

Sementara itu, Presiden Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak, Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah berkata filem Anakku Sazali yang dikeluarkan pada tahun 1956 itu menunjukkan bahawa didikan yang baik seperti menjaga adab dan akhlak penting dalam mencorak sikap seseorang individu.

“Daripada filem ini kita boleh belajar bahawa mengasuh anak adalah tanggungjawab ibu bapa dan keluarga, mendidik bangsa adalah tanggungjawab masyarakat dan membentuk generasi muda berwibawa adalah tanggungjawab bersama,” katanya yang turut menjadi panel pada acara itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN