Berita Terkini

21 minit yang lalu: PM Anwar tiba di Beijing mulakan lawatan rasmi tiga hari ke China 1 jam yang lalu: Kebakaran di Muar: Polis siasat semua aspek termasuk kecuaian 1 jam yang lalu: Bank Rakyat raih keuntungan sebelum cukai, zakat sebanyak RM1.70 billion 2 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 2 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha

IKUTI KAMI


‘Sumpahan Syaitan’ - Filem Yang Tak Begitu Menyeramkan, Tapi Penuh Dengan Elemen Komedi Mencuit Hati

Filem terbitan D-Bay Film Factory bersama Redfiress Film Production ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Datuk AC Mizal, Datuk Jalaluddin Hassan, Farid Kamil dan ramai lagi termasuk kumpulan pelawak Senario.

Filem & TV Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 5:06PM

Setelah penantian beberapa tahun, akhirnya filem yang lama ini terperap ini berjaya juga menemui penonton di layar lebar di seluruh negara - Gambar ihsan penerbit filem

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dapat dinafikan kebelakangan ini industri filem negara memang dilanda kegersangan filem-filem yang berkualiti dan ini lebih ketara untuk filem genre komedi dan seram, atau komedi seram.

Bahkan, hampir beberapa peratus filem hantu di negara ini diterbitkan dalam genre komedi seram ekoran ia lebih menjadi tarikan dalam kalangan penonton kita.

Kini sebuah lagi filem genre seram komedi berjudul  Sumpahan Syaitan arahan Roy Krishna dapat dinikmati peminat filem seram tempatan. 

Difahamkan, filem ini telah pun menjalani penggambaran pada 2019, namun akibat perintah kawalan susulan pandemik COVID-19, filem ini tidak dapat dikeluarkan.  Namun, setelah penantian beberapa tahun, akhirnya filem yang lama ini terperap ini berjaya juga menemui penonton di layar lebar di seluruh negara ini.

Filem terbitan D-Bay Film Factory bersama  Redfiress Film Production ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Datuk AC Mizal, Datuk Jalaluddin Hassan, Farid Kamil dan ramai lagi termasuk kumpulan pelawak Senario. 

‘Sumpahan Syaitan’ mengisahkan tentang Sam (Farid Kamil) yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang dikendalikan Ray (Adam Shahz). Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang tidak teragak-agak membunuh iaitu Branco (Jalaluddin Hassan).

Malik (AC Mizal) tidak bersetuju dengan tindakan Sam itu, namun Sam tetap dengan pendiriannya untuk meminjam wang daripada Branco dan percaya bisnes yang dibuat akan memberi pulangan yang lumayan.

Selepas Sam menyedari dirinya telah ditipu daripada pelaburan MLM dan Ray pula tiba-tiba telah menghilangkan diri, Sam terpaksa membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. 

Malik telah mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke hotel lama yang baru dibelinya dari seorang pengurus (Pak ya Sepahtu) untuk menyembunyikan diri dari dikesan Branco.

Sam bersama isteri (Nynaa Harizal) dan anaknya, Angel (Lala), telah disambut baik  pekerja hotel. Namun, setelah Sam mengelolakan hotel tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah disumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya? Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?

Bagi penulisan, filem ini hanya gah dari sudut barisan pelakonnya yang hebat-hebat. Namun, dari sudut penceritaan, ia boleh dianggap sedikit longgar. 

Penulis juga menantikan ‘plot twist’ yang menarik dalam filem ini. Sayangnya, ‘plot twist’ yang disuntik gagal memberikan impak untuk mengangkat keseluruhan filem ini kepada tahap yang berbeza. 

Filem ini bernasib baik kerana diterajui ramai pelakon hebat yang benar-benar menguasai lakonan mereka dengan baik. Antara yang berjaya mencuri tumpuan adalah Datuk AC Mizal yang kali ini tampil dengan watak yang serius.

Berbeza sungguh dengan lakonannya dalam filem terdahulu sebelum ini  yang banyak memainkan watak komedi. Lakonan Datuk Jalaluddin Hassan juga sangat berkesan apabila berjaya membawakan watak gangster dengan cemerlang. 

Selain itu, elemen komedi yang diketengahkan oleh kumpulan Senario menjadi kelebihan kepada filem ini walaupun judul dan poster filem  ini tidak menonjolkan sangat   elemen komedi itu.

Difahamkan, idea asalnya pengarah adalah menghasilkan filem seram sepenuhnya tetapi diubah kepada genre seram komedi mengikut selera tempatan yang gemarkan elemen komedi.

Kehadiran Saiful Apek bersama beberapa ahli komedi  lain, mampu membuat penonton ‘enjoy’ dan tergelak sepanjang menonton  filem ini selama 120 minit.

Namun, elemen seram filem ini agar kurang menyerlah dan ada beberapa babak yang menampakkan CGI yang tidak begitu menjadi, sekaligus membuatkan watak ‘Syaitan’yang ditampilkan dalam filem ini langsung menyeramkan. 

Pun begitu, pengarah filem ini iaitu Roy Krishna telah pun memaklumkan bahawa sekuel filem ‘Sumpahan Syaitan’ ini  akan menjadi genre yang benar-benar.  Jadi, siapa tahu kemunculan ‘Syaitan’ dalam sekuel filem ini akan menghantui diri dan minda penonton. 

Secara keseluruhan filem yang mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia sejak 2 Mac ini telah diberi kelulusan kategori tonton klasifikasi P13 dan sesuai  ditonton seisi  keluarga. - Getaran, 9 Mac 2023 

Rating: 2 Getar


 

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

‘Mierul Aiman Kelakar’ - Qasrina Karim Jawab Kemesraannya Dengan Aktor Itu Di Set Penggambaran

oleh Wafa Aula

Selebriti 23 jam yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

Menurut Priyanka dia terpaksa meninggalkan Bollywood kerana sudah tidak tahan dengan permainan politik dalam industri berkenaan.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Muat Naik Gambar 'Maternity Photoshoot', Netizen Minta Emma Maembong 'Sellotape' Pusat Terjojol 

Pusat Emma jelas kelihatan dalam gambar berkenaan kerana memakai pakaian yang ketat. 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Selepas Jumpa Kembar Wanita Iras Wajahnya, Alif Dan Versi Alif Bertudung Sama-Sama Makan Satay

oleh Rubini Nagarajah