web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Kali Baiki Skrip ‘Imaginur’, Pengarah Harap Karya Baru Selepas 9 Tahun Membuahkan Hasil

Nik Amir yang menulis ‘Imaginur’ bersama-sama Redza Minhat memulakan proses kreatif pada tahun 2018.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 5:29PM

Nik Amir bercakap selepas tayangan perdana filem ‘Imaginur’ baru-baru ini.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah dan penulis skrip, Nik Amir Mustapha mendedahkan proses menulis skrip untuk filem ‘Imaginur’ memakan masa sehingga dua tahun sebelum ia sedia menjalani penggambaran.

Nik Amir yang menulis ‘Imaginur’ bersama-sama Redza Minhat memulakan proses kreatif pada tahun 2018.

Dalam tempoh dua tahun itu, filem dengan genre scifi romantis ini sudah dibaiki dan ‘dibasuh’ sebanyak 11 kali.

“Saya menulis skrip ini bersama-sama Redza Minhat sejak tahun 2018. Bila sudah sampai draf yang kesepuluh, kami akhirnya memulakan penggambaran pada tahun 2020.

“Namun sayangnya, lepas seminggu penggambaran, negara diperintahkan untuk ‘lockdown’ akibat pandemik.

“Jadi dalam tempoh itu, kami tulis semula sekali lagi sampailah draf yang kesebelas sehingga lahirlah versi yang anda tonton hari ini,” katanya kepada Getaran selepas tayangan perdana filem ‘Imaginur’ baru-baru ini.

Filem ‘Imaginur’ yang mempunyai plot dengan gaya penceritaan yang tidak mudah ditebak memang mengambil masa yang lama untuk dihasilkan khususnya bagi bahagian penulisan skrip dan proses suntingan.

“Filem ini dihasilkan dengan mengambil kira selera masing-masing yang berada dalam pasukan saya. Proses menulis dan menyunting memang memakan masa yang lama.

“Namun, ada dua momen yang membuatkan saya rasa ‘Imaginur’ sudah sedia bertemu khalayak.

“Pertama, selepas kami berjaya menyiapkan draf yang kesepuluh dan siap untuk mulakan penggambaran.

“Kedua, ketika proses suntingan bersama-sama editor selepas penggambaran,”jelasnya.

Selepas filem terakhirnya ‘Terbaik Dari Langit’ dihasilkan sembilan tahun yang lalu, Nik Amir berharap ‘Imaginur’ akan memberikan sebuah rasa yang berbeza kepada penonton.

“Saya berharap agar penonton akan datang dan berkongsi mengenai filem ini. Memang kena bersabar sikit ketika anda menonton filem ini supaya anda dapat merasainya,” katanya lagi.

‘Imaginur’ mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Zuhal yang berdepan pelbagai kejadian pelik seolah-olah terperangkap dalam satu kehidupan yang berulang-ulang. Dia kemudian menggunakan khidmat hipnosis untuk merawat sakitnya.

‘Imaginur’ menemui penonton sinema tanah air bermula hari ini.

Antara pelakon yang menjayakan filem ini ialah Beto Kusyairy, Diana Danielle, Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Rahim Razali, Takahara Suiko dan Anas Ridzuan. - Getaran, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Imaginur' : Keliru Tetapi Syahdu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...