Berita Terkini

7 minit yang lalu: Rumah mampu milik Johor boleh dijual selepas 10 tahun - Exco 8 minit yang lalu: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) rancang pasang sistem VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 minit yang lalu: Kesemua 267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih 30 minit yang lalu: PN tolak permohonan Pejuang untuk sertai gabungan itu - Hamzah 1 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas

IKUTI KAMI


Dara Kenyalang - Cetusan Inspirasi Daripada Konsep Pertandingan Ratu Cantik Etnik Di Sarawak 

Lazimnya, pertandingan ratu cantik etnik Iban, Orang Ulu dan Bidayuh seperti pertandingan Kumang, Keligit dan Dayung diadakan pada musim perayaan Hari Gawai namun kali ini ia dipersembahkan menerusi program realiti.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 8:08AM

Dara Kenyalang merangkumi 13 episod dan disiarkan di TVS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program realiti ratu cantik Dara Kenyalang, yang ditayangkan buat pertama kalinya di TVS malam Ahad lalu adalah hasil cetusan inspirasi daripada konsep pertandingan ratu cantik etnik khususnya daripada etnik berbangsa Iban, Orang Ulu dan Bidayuh di Sarawak. 

Lazimnya, pertandingan ratu cantik etnik Iban, Orang Ulu dan Bidayuh di seperti pertandingan Kumang, Keligit, dan Dayung ini diadakan pada musim perayaan Hari Gawai.

Namun, kali ini ia diketengahkan di medium televisyen sebagai suatu platform untuk mempersembahkan bakat-bakat terpendam khususnya di kalangan kaum wanita.

Merangkumi 13 episod, program yang dihoskan Willy Alfred ini membuka tirai episod pertamanya dengan sesi uji bakat di kalangan peserta-peserta yang terdiri daripada Emmyissa Valerie, Desheila Amyra, Tonnia Kisi, Monica Syazliana, Clera Pungi, Amanda Stacy, Joecylyn Amil dan Lofrenska Fezzie.

Menerusi episod pertama itu, juri dari setiap etnik muncul untuk memberikan tugas dan mengajukan beberapa soalan kepada peserta pada sesi uji bakat. Dalam sesi salam perkenalan ini, juri yang terlibat adalah Angela Martin, Wendy Earnest, Joanne Bulan Pakar dan Priscilla Hyginus.

Dalam episod pertama itu, ia telah memberikan peluang kepada peserta dari Kuching dan Serian untuk mara ke peringkat seterusnya.

Selain segmen sesi soal jawab, peserta juga akan mempersembahkan bakat mereka yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kategori tradisional dan moden.

Ada di kalangan peserta tersebut yang masih memegang teguh kepada tradisi seperti 'bersanggai' iaitu berpantun di kalangan etnik iban selain menunjukkan kemampuan menyanyi, menari dan ada pula yang bertaekwondo. 

Apa yang menarik, menerusi episod pertama yang dilengkapi dengan lagu tema program tersebut, Dara Kenyalang nyanyian Ramles Walter, yang sebelum ini hit dengan lagu Aram Bergawai, ia berjaya menarik jumlah tontonan sebanyak 6.8 juta di YouTube. 

Program realiti ini tidak hanya menekankan kepada penampilan, tetapi juga kebolehan dan keunikan personaliti diri. Melalui platfom ini, ia diharap dapat menampilkan wajah-wajah baharu yang bakal memperkayakan industri hiburan terutama di Sarawak dan memperkenalkan negeri itu kepada pentas dunia.

Agaknya, siapakah yang akan bakal dinobatkan sebagai ratu Dara Kenyalang?

Jangan lupa saksikan Dara Kenyalang setiap hari Ahad jam 3:00 petang dan siaran ulangan pada setiap Selasa, jam 3:00 petang serta Jumaat, jam 8:45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Ikuti perkembangan Dara Kenyalang di semua laman media sosial @dara_kenyalang dan @tvs_entertainment dan layari laman sesawang di www.tvstv.my. – Getaran, 14 Februari 2023

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Pakaian Ketat Dan Sendat Ameera Khan Jadi Perhatian Netizen, Ada Yang Minta Jadi Model Playboy

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Terima Anugerah Usahawan Lelaki Selebriti Seba Awards 2023 , Zoey Rahman Bakal Lancarkan Kurta Klasik Sempena Ramadan  

Zoey Rahman adalah salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama di dalam kategori Board Of Advisor Awards (BOA), Sebab Awards anjuran Yayasan Usahawa...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil Atas Alasan Tiada Persefahaman Dan Berlaku Shiqaq

Pelakon utama filem Imaginur itu memfailkan permohonan tersebut atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi...

Budaya 1 hari yang lalu

WCO Art & Culture Gallery Pamer Budaya Tempatan Melalui Miniatur Dan Diorama