web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Coast Guard Malaysia : Ops Helang', Garapan Cukup Baik Daripada Allahyarham Pitt Haniff

Filem pertama dan terakhir arahan Allahyarham Pitt Haniff ini layak diberikan pujian dan harus ditonton kerana mempamerkan aksi serta lakonan yang mantap daripada barisan pelakon.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 3:02PM

'Coast Guard Malaysia : Ops Helang' menampilkan barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Sabri Yunus, Jaja Iliyes, Aziz M Osman dan ramai lagi - Gambar produksi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas melalui pelbagai cabaran selama proses pembikinan, akhirnya filem pertama dan terakhir arahan Allahyarham Pitt Hanif iaitu Coast Guard Malaysia : Ops Helang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 2 Februari 2023.

Coast Guard Malaysia : Ops Helang menampilkan barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Sabri Yunus, Jaja Iliyes, Aziz M Osman dan ramai lagi. 

Filem ini memaparkan kisah kehidupan Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM iaitu Leftenan Maritim Hafiz lakonan Saharul Ridzwan yang ingin memulakan kehidupan baru di sebuah pulau selepas mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. 

Selepas beberapa tahun berlalu, Hafiz yang kini memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama tunangnya iaitu Nurul lakonan Jaja Illiyes.

Namun, ketika majlis pertunangan mereka, sekumpulan penjenayah yang diketuai Samat lakonan Adlin Aman Ramlee menyerang dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu bapa Nurul serta beberapa tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.

Semuanya gara-gara dendam terhadap Hafiz yang telah membunuh salah seorang daripada ahli kumpulan mereka dalam operasi terdahulu

Sewaktu dibawa ke tengah laut, salah seorang penjenayah berkenaan telah menembak Hafiz sehingga dia terjatuh ke dalam laut. Beberapa lagi teman Hafiz turut ditembak. Namun mereka berjaya bertahan dan berpaut pada sebatang pokok di tengah laut. 

Sementara Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana) ditugaskan untuk menyiasat kes ini dan berjaya mengesan kedudukan Hafiz serta rakan-rakannya. 

Kini Hafiz perlu menyelamatkan tunangnya serta tahanan yang lain yang ditempatkan di dalam  gua di sebuah pulau.

Sejujurnya penulis terhibur menonton filem ini. Biarpun ini merupakan filem pertama arahan arwah Pitt, namun arwah berjaya menggarapnya dengan baik untuk sebuah filem aksi. Untuk melakukan penggambaran di atas laut dan pulau bukannya sesuatu yang mudah kerana melibatkan pelbagai aspek dari sudut teknikal. 

Mungkin pengalaman Pitt yang banyak menjadi pembantu pengarah sebelum ini telah digunakan sepenuhnya untuk mengarahkan filem ini. 

Mungkin ramai yang akan mempersoalkan pemilihan pelakon utama filem ini iaitu Saharul Ridzwan yang lebih dikenali sebagai hero drama romantis dan percintaan Melayu, namun Saharul telah membuktikan bahawa dia juga layak untuk diangkat sebagai hero aksi di layar perak.

Saharul sanggup membuat perubahan pada bentuk fizikalnya yang kelihatan begitu gagah dan perkasa dalam filem ini. 

Pujian harus diberikan kepada Sabri Yunus dan Adlin Aman Ramlee yang memberikan lakonan yang cukup berkesan. Tidak dilupakan Hazama.

Biarpun wataknya kecil dan tidak punya banyak dialog, namun dia berjaya mempamerkan aksi yang benar-benar meyakinkan. Begitu juga dengan Julia Farhaha yang memainkan watak sebagai Leftenan Maritim Melati.

Jika mahu menyentuh aspek teknikal, pastinya terdapat kepincangan di beberapa bahagian kerana perlu diingatkan, filem ini melalui banyak cabaran untuk dihasilkan. Namun kepincangan itu tidaklah sampai mencacatkan keseluruhan perjalanan filem ini.

Penonton juga akan dikejutkan dengan beberapa kejutan dan ‘plot twist’ yang membuatkan filem ini bertambah menarik untuk ditonton. 

Jangan lupa untuk menonton filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang di pawagam berdekatan bermula hari ini. – Getaran, 2 Februari 2023

Rating : 3.5 Getar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN