Berita Terkini

17 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Astro Beri Tontonan Percuma Pada Pelanggan Hingga 31 Januari 2023!

Astro bawakan 10 saluran terpilih untuk tontonan secara percuma dari 15 hingga 31 Januari ini di tv dan Astro Go.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 6:15PM

Astro membawakan 10 saluran terpilih untuk tontonan secara percuma dari 15 hingga 31 Januari ini tv dan Astro Go, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali adanya khabar kemenangan Astro membawa pulang Anugerah Putra Brand, pastinya pelanggan setia Astro khususnya tertunggu-tunggu apakah yang akan ditawarkan oleh sebagai tanda penghargaan.

Bagi meraikan kemenangan kali ini,  Astro bawakan 10 saluran terpilih untuk tontonan secara percuma dari 15 hingga 31 Januari 2023 di tv dan Astro Go, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya.

Antara, saluran serta kandungan yang dapat ditonton para pelanggan secara percuma, adalah tvN HD, BOO HD, Showcase Movies, CNN HD dan BBC World News HD.

“Pelanggan boleh menonton rancangan-rancangan Korea hebat termasuk ‘Missing: The Other Side S2 dan Birdie Boys, menerusi saluran tvN HD (Saluran 395) dan filem-filem seram Asia seperti ‘Pengabdi Setan’ dan’ Hantu Bonceng 2.0’ dan ‘Penunggang Agama’ di saluran  BOO HD (Saluran 404).

“Turut diberi percuma, saluran Showcase Movies (Saluran 413) dengan filem-filem kegemaran ramai termasuk ‘Mission: Impossible – Fallou’t, ‘The Bourne Legacy’ dan ‘Baywatch’.

“Pelanggan juga boleh menonton berita-berita terkini dan pelbagai sudut pandangan dari seluruh dunia menerusi saluran CNN HD (Saluran 511) dan BBC World News HD (Saluran 512) secara percuma bagi tempoh tersebut,” kata Astro dalam satu kenyataan.

Para pelanggan boleh menikmati saluran pop-up Too FUN (Saluran 100) bermula 14 Januari 2023 lalu sehingga 12 Februari 2023.

‘Too FUN’ memaparkan pelbagai jenis hiburan termasuk rancangan variasi terkini, drama serta filem termasuk ‘From Beijing with Love’, ‘I Fine..Thank You..Love You’  dan ‘CZ12’.

Selain itu, Astro akan memperkenalkan empat saluran baharu termasuk CBeebies, DreamWorks, Love Nature, Love Nature 4 dan Global Trekker.

Saluran CBeebies akan  menawarkan pelbagai kandungan untuk kanak-kanak pra-sekolah termasuk ‘Bluey Season 2’, ‘Hey Duggee Season 4’, ‘Thomas & Friends’, ‘JoJo’ dan ‘Gran Gran Series 2’. 

“DreamWorks (Saluran 622), pula merupakan saluran kanak-kanak serta keluarga bersiaran 24 jam yang membawakan filem-filem adiwira ‘Dreamworks’ termasuk ‘The Boss Baby Back in Business’, ‘The Adventures of Puss in Boots’, ‘Kung Fu Panda: The Paws of Destiny’, ‘Trolls: The Beat Goes On’ dan ‘Dragons: Races to The Edge’ dan banyak lagi

“Manakala, kisah-kisah yang menakjubkan mengenai keindahan dan kekaguman alam termasuk ‘Africa's Hidden Kingdoms’, ‘Shark Squad’, ‘Strange Creatures’ dan ‘New Kids In The Wild’ akan disiar di saluran  ‘Love Nature’ (Saluran 558) dan ‘Love Nature 4K (Saluran 549)’.

“Bagi penonton yang minat mengenai biografi personaliti-personaliti terkemuka Astro membawakan  ‘Global Trekke (Saluran 559), yang akan memaparkan kisah ‘Tech Billionaires: Elon Musk’, ‘David Beckham: Infamous’, ‘Adele: A New Chapter dan Queen Elizabeth: A Lifetime Of Service’ dan kisah pelbagai genre berasaskan hiburan fakta yang merangkumi budaya, makanan dan penerokaan, inovasi dalam teknologi,” menurut kenyataan itu.

Selain saluran percuma, Astro turut menawarkan pelanggan GoShop dengan diskaun RM12 untuk pembelian RM120 dan ke atas, melalui penggunaan kod promo PUTRA12 – terhad sehingga 3 Februari 2023. – Getaran, 24 Januari 2022.

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 8 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar