web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Saharul Ridzwan ‘Berperang’ Dengan Diri Sendiri Melawan Ketakutan Berada Dalam Air

Mengakui dia seorang lelaki yang sangat takut terhadap laut, namun dia terpaksa membuang perasaan gentar tersebut demi memberikan hasil terbaik demi menjayakan filem ‘Coast Guard’.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 8:21PM

Kata Saharul Ridzwan (tengah), semua babak aksi dilakonkan sendiri, walaupun separuh penggambaran berlaku di perairan laut - Gambar ihsan penerbit 'Coast Guard'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai seorang pelakon, pelbagai perkara mencabar harus dilakukan bagi membuktikan kemampuan sekali gus menjayakan sesebuah watak .

Sepertinya, itu yang dilakukan pelakon popular Saharul Ridzwan, 33, apabila dia cuba memberanikan dirinya berada selama satu jam di tengah laut menunggu kedatangan helikopter untuk menyelamatkannya selepas melakonkan babak aksi dalam filem Coast Guard.

Menurut Saharul, itulah perkara paling mencabar yang dilakukan olehnya, demi menjayakan watak, susulan dia seorang yang takut dengan air.

“Sejujurnya, perkara tersebut bukan mudah untuk dihadapi bagi saya, lebih-lebih lagi saaya jenis orang yang takut dengan laut.

“Keadaan itu umpama saya ‘berlawan’ dengan diri sendiri saya, ‘berperang’ dengan diri sendiri terutama melawan ketakutan pada air dalam filem ini yang penggambarannya dibuat di Langkawi.

“Namun, saya terpaksa membuang perasaan gentar tersebut demi memberikan hasil terbaik,” katanya.

Tambah Saharul lagi, semua babak aksi dilakonkan sendiri, walaupun separuh penggambaran berlaku di perairan laut.

Selain itu, pelakon yang melonjak nama menerusi drama Jangan Benci Cintaku itu turut  akui merasa tertekan selepas menerima tawaran berlakon sebagai Leftenan Hafiz, bagi filem pertamanya, Coast Guard.

“Sebagai pelakon, saya dah lama teringin membintangi filem aksi. Alhamdulillah, dapat peluang berlakon dalam Coast Guard arahan Allahyarham Pitt Hanif. Jadi, harapan dan jangkaan penonton untuk filem ini memberi satu tekanan kepada saya. 

“Impak tekanan itu membuat saya tidak senang duduk. Namun, ada bagus juga rasa tertekan, sebab kalau tak rasa mencabar, saya pula tidak serius, dan buat main-main.

“Lagipun saya tidak ingin sia-siakan peluang yang diberikan, juga untuk membuktikan yang saya mampu keluar dari kelompok hero-hero romatik yang sinonim dengan diri saya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Saharul turut berkongsi  kenangannya bersama Allahyarham Pitt serta melabelkan pengarah berkaliber itu sebagai seorang yang sentiasa pantas memikirkan pelbagai idea untuk menghasilkan sesuatu babak diinginkan.

First of all, saya berterima kasih kepada Allahyarham Pitt yang memberi peluang kepada saya untuk berlakon dalam sebuah filem, dan satu perkara yang tak akan saya lupakan ialah kata-kata arwah kepada saya bahawa filem ini akan membawa sesuatu yang besar untuk saya. Esoknya pula, saya dapat tahu dia meninggal dunia.

“Memang terasa kehilangan Allahyarham Pitt, yang sepatutnya sekarang dia ada untuk melihat hasil filem ini. Tapi, Allah lebih sayangkan dia dan saya pula selesa sebelum memulakan apa saja untuk filem ini, mahu kita semua hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah Pitt,” kongsinya.

Filem Coast Guard arahan Allahyarham Pitt Hanif dan Hashim Rejab yang turut dibintangi Julia Farhana Marin dan Datuk Fizz Fairuz.

Filem bernilai RM14.5 juta, terbitan Metrowealth dan Arie Zaharie Production ini akan kan menemui penonton di pawagam tanah air mulai 2 Februari ini.  – Getaran, 18 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN