web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem ‘Hantu Tenggek’  Bikin Penonton Tak Kering Gusi! Apa Lagi Bila Saiful Apek Bergabung Dengan Yassin 

Gabungan kombinasi pelawak veteran seperti Saiful Apek, Yassin dan Man Raja Lawak bersama kumpulan TIRO (Juara Maharaja Lawak 2021) dalam filem ini juga adalah satu tarikan utama 'Hantu Tenggek'. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 6:05PM

Saiful Apek (tengah) antara pelakon utama ‘Hantu Tenggek’. - Gambar ihsan MGE Production

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak kering gusi! Itulah reaksi pertama penulis saat menonton filem komedi seram Hantu Tenggek arahan dan garapan Profesor A. Razak Mohaidden.

Filem komedi seram ini mengadunkan jenaka selamba dan disusuli dengan keadaan seram yang bersahaja. Sekali gus membuktikan bahawa A. Razak sebenarnya mampu menghasilkan filem genre yang sebegini. 

Biarpun ia garapannya nampak ringkas, namun ada banyak ‘kejutan' yang cuba dihidangkan kepada penonton sehingga membuatkan filem ini penonton berasa senang dan terhibur. 

Apa yang menarik, Hantu Tenggek juga merupakan filem Melayu sulung terbitan Veedu Production selepas kejayaan syarikat produksi tempatan itu menerbitkan filem berjudul  Vedigundu Passangge yang mencatatkan kutipan tertinggi dalam sejarah penerbitan filem Tamil di Malaysia.

Nampaknya, percubaan mereka untuk menghasilkan filem sulung Melayu yang pertama ini bersama MGE Production benar-benar menjadi apabila mereka menggunakan khidmat A. Razak  sebagai pengarahnya. 

Filem komedi seram ‘Hantu Tenggek’ adalah arahan dan garapan Profesor A. Razak Mohaidden.
Filem komedi seram ‘Hantu Tenggek’ adalah arahan dan garapan Profesor A. Razak Mohaidden.

Hantu Tenggek mengisahkan tentang kelicikan sekumpulan pemburu mistik yang menggelar diri mereka sebagai AUTAA, singkatan nama kumpulan mereka iaitu watak Aishah, Usop, Tariq, Ali dan Ana. 

Mereka bertindak menakut-nakutkan orang kampung dengan mengada-adakan entiti dan seterusnya bertindak menghapuskan entiti tersebut. 

Kegiatan mereka terbongkar dan sebagai balasan mereka diminta untuk membantu menghalau pembeli bangunan tinggal yang dahulunya sebuah kolej seni tari dan vokal. 

Percubaan mereka untuk menakutkan pembeli bangunan itu tersekat apabila mereka didatangi oleh ‘Hantu Tenggek’ yang sememangnya adalah penghuni tetap bengunan tinggal tersebut.

Bermula detik itu, satu demi satu kejadian seram berlaku kepada mereka bagi melunaskan ‘misi’ tersebut.

Hantu Tenggek mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula semalam.
Hantu Tenggek mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula semalam.

Gabungan kombinasi pelawak veteran seperti Saiful Apek, Yassin, Man Raja Lawak bersama kumpulan TIRO (Juara Maharaja Lawak 2021)  dalam filem ini juga adalah satu tarikan utama filem ini. 

Lawak-lawak Saiful Apek dengan Yassin, memang seringkali menjadi. Namun, mereka juga cukup serasi bila digabungkan dengan Man Raja Lawak serta kumpulan Tiro. Bahkan, kesemua mereka mampu  mengangkat elemen komedi filem ini dengan lontaran dialog yang lucu dan bersahaja. 

Namun, babak yang cukup diingati adalah babak apabila salah seorang pelakon filem ini iaitu Sugeeta Chandran tiba-tiba dirasuk dan kemudian membuat tarian Melayu.  Sugeetha berjaya membawakan babak rasuk itu dengan berkesan sekali. 

Ingin tahu plot keseluruhan  Hantu Tenggek? Anda harus menontonnya di pawagam. Hantu Tenggek mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula semalam (22 Disember) - Getaran, 23 Disember 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...