web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kangana Ranaut Bakal Bawa Watak Chandramukhi, Ganti Jyothika Dalam Sekuel Filem Itu 

Kangana memang diketahui sangat menyanjung tinggi filem-filem yang dihasilkan oleh karyawan daripada India Selatan. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 5:00PM

Kangana Ranaut - Gambar dari Instagram 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasti ramai yang mengingati filem Tamil, Chandramukhi yang ‘pecah panggung’ dan cukup popular suatu ketika dahulu. Ia sebuah filem yang telah menjadi all-time favourite serta turut dikategorikan sebagai filem kultus komedi seram.  

Filem itu yang ditayangkan pada 2005 itu telah menggandingkan superstar Kollywood, Rajnikanth, Prabhu dan Jyothika sebagai pelakon utamanya. 

Terbaharu, ada aura-ura mengatakan bahawa sekuel Chandramukhi akan dihasilkan dan menurut laporan ABP Live, pelakon Bollywood, Kangana Ranaut telah disebut-sebut bakal membintangi filem tersebut. Bahkan, dia juga dilaporkan akan memegang watak utama Chandramukhi itu sendiri. 

Kangana memang diketahui sangat menyanjung tinggi filem-filem yang dihasilkan oleh karyawan daripada India Selatan. 

Dia pernah memuji penghasilan filem Kantara dan beberapa filem lain lagi kerana mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap penyampaian cerita mereka. Tidak hanya itu, Kangana sendiri pernah berlakon dalam filem Tamil berjudul Thalaivi. 

Nampak gayanya, selepas Thalaivi, Kangana akan kembali semula ke India Selatan untuk menjayakan pembikinan sekuel Chandramukhi. 

Pengarah filem dan aktot terkenal, Raghava Lawrence dikatakan akan mengambil-alih watak Rajnikanth dalam filem ini dan Kangana sendiri menggantikan tempat Jyothika. 

Namun, ramai yang tidak tahu,  filem Chandramukhi yang asal adalah remake kepada filem Kannada bertajuk Apthamitra (2004) yang diarahkan pengarah yang sama iaitu P. Vasu. Manakala Apthamitra pula adalah remake kepada filem Malayalam, Manichitrathazhu (1993). 

Wow! Tak sangka. Daripada Manichitrathazhu, rupa-rupanya terhasillah Chandramukhi dan sekarang ini akan muncul pula sekuel Chandramukhi. Kita tunggu sajalah. – 30 November 2022 

Gambar: Kangana Ranaut IG 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN