Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mechamato Movie, Promosikan Budaya Malaysia Di Peringkat Global Pada 2023

Filem ini mengisahkan Amato iaitu bapa kepada BoBoiBoy, secara tidak sengaja bertemu MechaBot sebuah ‘Power Sphera’ yang berkebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 10:13AM

Mechamato Movie akan ditayangkan serentak pada 8 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mechamato Movie, filem animasi 3D keluaran tempatan yang  mempamerkan budaya dan nilai Malaysia bakal ditayangkan di pawagam antarabangsa pada 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta), Nizam Abd Razak yang merupakan penulis dan juga pengarah filem itu berkata Mechamato Movie yang akan ditayangkan serentak pada 8 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei adalah hasil aspirasi syarikat itu untuk memperkasakan budaya Malaysia melalui kandungan kreatif. 

“Latar tempat utama filem ini dinamakan Kota Hilir yang diinspirasikan dari seni bina Bandar Hilir dan Kota Melaka. Monsta turut menampilkan elemen tradisional seperti destar, keris, beca dan makanan tradisi seperti karipap dengan harapan penonton global akan jatuh cinta dengan keunikan negara kita.

“Mulai 2023, kami tidak sabar untuk mengeksport filem ini...ia direka untuk dieksport dan membawa budaya dan nilai kita ke luar negara,” katanya semasa tayangan perdana filem itu di MidValley Megamall. 

Nizam berkata kejayaan sebelum ini membuktikan terdapat permintaan tinggi terhadap filem animasi tempatan dan percaya pemain industri tempatan perlu diperkasakan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi di pasaran antarabangsa.

"Siri Mechamato berjaya menembusi 65 negara di seluruh dunia sejak dilancarkan pada Disember 2021 termasuk di Jepun, Korea Selatan, Portugal, Turkiye dan Australia.

“Memasarkan filem kami di luar negara selaras dengan visi kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mempromosikan negara kita di peringkat antarabangsa. Kami berharap dapat meneruskan usaha ini dan berharap penggiat industri tempatan yang lain turut berjaya berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jasnita Raja Arshad berkata menerusi Mechamato Movie, Monsta meletakkan standard baharu sebagai filem berkaliber antarabangsa.

“Mereka telah menunjukkan pada masa lalu bahawa mereka mampu membawa nama Malaysia ke persada global. Pasukan produksi juga telah menghabiskan banyak masa untuk pembikinan filem ini.

“Pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan pada penghujung 2019, tayangan filem itu ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 dan ia memberi peluang untuk meningkatkan kualiti filem - menjanjikan kepuasan kepada semua,” katanya.

Mechamato Movie merupakan kerjasama kedua Astro Shaw dan Monsta selepas filem BoBoiBoy Movie 2 yang berjaya menjadi filem animasi tempatan pertama yang melepasi kutipan RM30 juta.

Filem ini mengisahkan Amato iaitu bapa kepada BoBoiBoy, secara tidak sengaja bertemu MechaBot sebuah ‘Power Sphera’ yang berkebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain.  - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 10 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran