web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FINAS Harap Kerajaan Turut Fokus Kepada Industri Kreatif Dalam Bajet 2023

Peruntukan daripada kerajaan bukan sahaja dapat membawa perfileman negara ke pentas antarabangsa, tetapi juga mampu mewujudkan perhubungan sihat dengan negara lain.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 8:13AM

FINAS berharap kerajaan akan turut fokus kepada industri kreatif dalam Bajet 2023 nanti, bagi mengangkat industri perfileman negara ke peringkat antarabangsa - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berharap kerajaan akan turut fokus kepada industri kreatif dalam Bajet 2023 nanti, bagi mengangkat industri perfileman negara ke peringkat antarabangsa. 

Pengerusi FINAS Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata peruntukan daripada kerajaan bukan sahaja dapat membawa perfileman negara ke pentas antarabangsa, tetapi juga mampu mewujudkan perhubungan sihat dengan negara lain.

Beliau berkata filem juga boleh meningkatkan setia kawan, membina hubungan orang ramai, di samping dapat memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi.

“Jika industri kreatif ini maju ia dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32), Kuala Lumpur, semalam.

FFM32 bertujuan menjana jaringan dan kerjasama strategik antara kerajaan dan permain industri kreatif dengan pelaksanaan program mengangkat profesionalisme serta sebagai platform kebudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya berkualiti.

FFM32 kali ini memilih lokasi di Encore, Melaka bagi mencerminkan kemajuan ekonomi negeri melalui pelaburan aktiviti perfileman serta pembangunan komuniti di mana acara itu boleh disaksikan secara langsung di Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) TV2 pada 9 malam, 2 Disember. - Bernama

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Perkenalkan Mekanisma Efektif Pantau Pelaksanaan Belanjawan 2023 - Lam Thye

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pastikan Agensi Islam Amal Tatakelola Baik, Julang Integriti Seperti Dihasratkan PM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Dapat Pastikan Kesejahteraan Rakyat - Menteri Besar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Utamakan Kebajikan, Kesejahteraan Rakyat Demi Terus Memelihara Keharmonian - Aaron

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ