web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASA 2022: Pencipta Pegang Waktu Julang Drama TV Terbaik,  Konflik Adik-Beradik, Stigma Lelaki ‘Lembut’ 

Sekali gus, ia memberi ruang kepada telefilem terbitan Primeworks Studios (PWS) dan Gambo.TV itu untuk membawa pulang trofi, hadiah wang tunai, RM5,000 serta Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM200,000.00.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 10:06AM

Barisan pemenang bersama trofi masing-masing pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konflik hubungan adik-beradik dan isu stigma masyarakat terhadap ‘lelaki lembut’ yang digarap dengan baik telah memberi peluang kepada telefilem Pencipta Pegang Waktu untuk dinobatkan sebagai pemenang Drama TV Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Sri Angkasa (ASA 2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi. 

Ia sekali gus memberi ruang kepada telefilem terbitan Primeworks Studios (PWS) dan Gambo.TV untuk membawa pulang trofi, hadiah wang tunai, RM5,000 serta Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM200,000.

Hadiah kemenangan itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa kepada Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Program Dalaman, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Nor Shahila Harun Shah. 

Nor Shahila Harun Shah menyampaikan ucapan  pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Nor Shahila Harun Shah menyampaikan ucapan pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Kemenangan Pencipta Pegang Waktu berganda apabila pengarahnya, Zainorhisyam Samudin turut diangkat sebagai Pengarah Drama TV Terbaik dengan membawa pulang pulang trofi, hadiah wang tunai, RM5,000 serta DKD  bernilai RM200,000.

Zainorhisyam Samudin menyampaikan ucapan selepas dinobatkan Pengarah Drama TV Terbaik.
Zainorhisyam Samudin menyampaikan ucapan selepas dinobatkan Pengarah Drama TV Terbaik.

Telefilem Pencipta Pegang Waktu karya Siti Jasmina Ibrahim ini menampilkan lakonan hebat seperti Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Khir Rahman, Puteri Balqis, Jalil Hamid, Azman Hassan dan Haidin Nasir.

Namun, trofi Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik lebih berpihak kepada pelakon hebat, Eman Manan menerusi drama Satu Kampung Dua Orang, manakala Trofi Pelakon Wanita Drama TV Terbaik berjaya disandang Khatijah Tan dalam drama Rabak. 

Bagi kategori Skrip Drama TV Terbaik pula, ia dimenangi Sham Hashim menerusi drama Scammer yang disiarkan di Astro Ria. 

Kemenangan Sham Hashim ini agak menarik kerana membuktikan bahawa Malaysia sudah mula terbuka untuk menerima pembaharuan dalam idea dan penceritaan. 

Selain itu ASA 2022 menyaksikan kemenangan Social Playlist sebagai Dokumentari TV Terbaik dan penerbitnya menerima trofi, wang tunai RM5,000 dan ganjaran DKD bernilai RM150,000. 

Kategori Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik dimenangi Beto Kusyairy menerusi drama Anugerah Terindah, sementara Lisdawati diumum Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik menerusi drama Akhirnya Bahagia Meluruh.

Kesemua pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 bagi setiap kategori menerima hadiah trofi kemenangan serta hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Fauziah Nawi menerima anugerah dari Annuar Musa pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Fauziah Nawi menerima anugerah dari Annuar Musa pada Majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

ASA 2022 turut menganugerahkan Fauziah Nawi sebagai Tokoh Seri Angkasa. Beliau yang baru sahaja sahaja selesai mengarahkan teater Skrikandi Tun Fatimah menerima trofi, berupa wang tunai RM10,000 serta sebuah kereta Expander. 

Manakala Anugerah Khas Juri pula diberikan kepada Penerbit Program Halaqah (Episod 7): Bencana, Muhasabahkah Kita? Terbitan TV3 iaitu Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman. Beliau membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai RM8,000. 

Bertemakan Kemuncak Kecemerlangan seiring sambutan Jubli Emas, ASA 2022 menyaksikan 72 kategori termasuk 43 kategori TV dan 22 kategori radio dipertandingkan.

Kembali dianjurkan semula selepas enam tahun, ASA 2022 dicetuskan untuk memberi pengiktirafan kepada warga industri penyiaran dan industri kreatif negara. 

DIkendalikan Fara Fauzana, Terrence Dass dan Enn Xaviera sebagai hos, ASA 2022 turut dihiburkan barisan artis popular.  Antaranya, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Ella, Misha Omar, Hazama dan Amir Masdi. - Getaran, 31 Oktober 2022


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN