web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1586 pencalonan, Anugerah Seri Angkasa Kembali, Ingin Setaraf Cannes Film Festival! 

ASA telah menerima 1586 penyertaan sekali gus menjadikannya jumlah pencalonan paling banyak sejak diadakan. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 7:06PM

Annuar bercakap semasa di majlis pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi menghargai pemain industri seni Malaysia, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2022 kembali selepas enam tahun dengan tema ‘Kemuncak Kecemerlangan’. 

Bakal diadakan dua hari berturut-turut pada 29 dan 30 Oktober di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, ASA telah menerima 1586 penyertaan sekali gus menjadikannya jumlah pencalonan paling banyak sejak diadakan. 

“Anugerah ini sudah beberapa tahun tidak dilaksanakan dan ramai pemain industri yang menantikannya.

“Malam kemuncak diadakan 29 dan 30 di PICC. Saya minta mereka (penganjur) cross check dengan saya agar anugerah ini tampak berprestij seperti Cannes Film Festival. 

“Bagi sesi karpet merah saya minta agar pemain industri yang hadir diberikan taklimat tentang etika dan syarat berpakaian. Mereka juga perlu hadir mengikut jadual di acara karpet merah,” kata Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di majlis pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa. 

Menariknya untuk kali ini, pemenang bagi kategori drama terbaik dan dokumentari terbaik tidak hanya mempunyai trofi malah dirancang bakal menerima Dana Kandungan Digital bernilai RM200,000 dan RM150,000 setiap satu. 

“Dari segi penghakiman memang agak mencabar. Pasukan juri terdiri daripada 55 orang dan kita dilantik 2 juruaudit untuk pastikan penghakiman berintegriti. Semua proses penjurian dijamin dilaksanakan secara adil dan telus,” tambah Annuar.

Terdahulu pencalonan ASA telah dibuka bermula pada 1 hingga 31 Ogos ini.  Sebanyak 72 kategori bakal dipertandingkan menerusi ASA 2022 termasuk 43 kategori televisyen, radio (22), anugerah khas juri (satu) dan tokoh ASA (satu). - Getaran, 18 OKtober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengarah Syarikat Didakwa Tawar Suapan Agar Annuar Musa Cepatkan Pengambilalihan Menara KL

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN