Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Berpotensi ‘Mencetuskan Kebencian’, Filem Look At Me Diharamkan di Singapura

Pihak berkuasa berkata filem itu berpotensi mencetuskan kebencian dan perpecahan sosial di Singapura.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 3:00PM

Tangkapan layar daripada treler filem Ken Kwek #LookAtMe, yang dibintangi oleh Adrian Pang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tayangan filem tempatan #LookAtMe telah diharamkan untuk ditayangkan di Singapura kerana ia dikatakan cuba memburuk-burukkan imej seorang paderi yang berpengaruh di negara itu. 

Memetik laporan Mediacorp Singapura, filem itu “tidak diberi klasifikasi” kerana ia berpotensi “mencetuskan kebencian dan perpecahan sosial dalam masyarakat majmuk dan berbilang agama di negara itu”.

Diarahkan sutradara tempatan, Ken Kwek, filem itu, yang berlatar belakangkan Singapura dalam pembukaannya menyatakan cerita ‘diilhamkan daripada kisah benar’.

Antara babak yang dianggap sensitif adalah apabila watak protagonis lakonan Adrian Pang bersama seorang paderi.

Watak protagonis dalam filem itu tersinggung dengan pendirian seorang paderi berhubung golongan homoseksual bagi pihak abangnya dan memuat naik catatan yang “mengapi-apikan” tentang paderi berkenaan.

Catatan tersebut tular dan ia membawa kepada beberapa siri peristiwa yang menyebabkan keluarga tersebut berada dalam keadaan hiba.

Mediacorp melaporkannya menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan bersama oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) serta Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa gambaran tentang paderi itu (termasuk gelaran yang berbunyi serupa) memberi bayangan kepada seorang paderi sebenar di Singapura yang dikenali ramai di sana. Konteksnya dilihat  seperti seolah-olah menggalakkan keganasan dilakukan ke atas paderi itu.

Watak utama dalam filem itu juga turut merancang untuk melakukan satu serangan untuk membalas dendam terhadap paderi berkenaan.

Menurut pihak-pihak berkuasa lagi, paderi itu dilihat terlibat dalam satu tindakan yang dilarang oleh kepercayaan agamanya.

Pihak berkuasa menyatakan filem itu berpotensi mencetuskan kebencian dan perpecahan sosial di Singapura kerana paderi tersebut berdakwah menentang homoseksual, namun tingkah lakunya sendiri bercanggah dengan ajaran agama yang disampaikannya.

Rujukan kepada ‘kisah sebenar’ mencadangkan bahawa pemimpin-pemimpin agama di Singapura terlibat dalam tingkah laku seumpama itu.

Seperkara lagi yang menjadi keprihatinan adalah apabila watak protagonis tersebut meluahkan hasratnya dan membuat persediaan untuk menyerang seorang tokoh agama secara kejam.

“Dakwaan itu boleh dianggap sebagai menyinggung perasaan, memfitnah dan bercanggah dengan (Akta Mengekalkan Keharmonian Agama) kerana ia boleh dilihat sebagai menyerang tokoh agama itu secara tidak adil serta menyinggung kepercayaan agama,” menurut kenyataan pihak berkuasa itu lagi.

IMDA sudah pun mendapatkan pandangan jawatankuasa penasihat dan berpandukan garis panduan Klasifikasi Filem, tambah kenyataan itu.

Garis panduan Klasifikasi Filem menetapkan, filem-filem yang berkemungkinan memburuk-burukkan mana-mana kumpulan kaum atau agama harus tidak diberikan klasifikasi.

Tahun ini, filem kontroversi berbahasa Hindi ‘The Kashmir Files’, tidak diberi klasifikasi. Ia menceritakan penghijrahan orang Hindu dari Kashmir yang majoriti penduduknya beragama Islam pada 1990-an, dan plotnya mengikuti kisah fiksyen seorang pelajar universiti yang mendapati ibu bapanya dibunuh  golongan militan.

Sebelum ini, sebuah fIlem antologi pendek arahan Kwek berjudul Sex.Violence.FamilyValues  juga dibelenggu masalah yang sama 10 tahun lalu kerana mengandungi dialog yang disifatkan sebagai berbaur perkauman.

Ia kemudian disunting dan diklasifikasikan semula, sebelum ditayangkan semula beberapa bulan kemudian. - Getaran, 18 Oktober 2022

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 12 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN