web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulasan Filem Sayap Sayap Patah: Perlahan Tetapi Membunuh

Filem yang diinspirasikan dari satu tragedi berdarah di Indonesia ini menampilkan pelakon terkenal Nicholas Saputra dan Ariel Tatum sebagai pasangan suami isteri yang sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 4:00PM

Nicholas Saputra dan Ariel Tatum - Gambar dari Instagram Sayap Sayap Patah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lama rasanya pawagam di Malaysia tidak menayangkan filem lakonan pelakon terkenal dari Indonesia, siapa lagi kalau bukan Nicholas Saputra. 

Kali terakhir filem Nicholas ditayangkan di Malaysia adalah pada 2017 menerusi filem Interchange.

Terbaharu, Nicholas muncul dengan sebuah filem berjudul Sayap Sayap Patah yang diinspirasikan dari kisah benar yang terjadi di Indonesia. 

Filem Sayap Sayap Patah telah berjaya mencetuskan fenomena di negara seberang apabila berjaya menjual lebih dari 2 juta tiket.

Selain dibintangi oleh Nicholas, filem arahan Rudi Soedjarwo ini turut membariskan pelakon handalan lain seperti Ariel Tatum, Poppy Sovia, Iwa K, Nugie, Aden Bajaj, Edward Akbar dan ramai lagi. 

Sayap Sayap Patah malam mengisahkan mengenai pengganas.
Sayap Sayap Patah malam mengisahkan mengenai pengganas.

Filem ini menceritakan tentang kehidupan sepasang suami isteri iaitu Adji lakonan Nicholas Saputra dan Nani lakonan Ariel Tatum yang sedang menanti kelahiran anak pertama mereka.

Adji merupakan seorang pegawai polis dan sedang berada dalam misi untuk menumpaskan kumpulan pengganas.

Pada satu hari, balai tempat Adji bertugas telah dibom oleh pengebom berani mati hingga menyebabkan rakannya terkorban. 

Kejadian ini benar-benar merisaukan Nani kerana dia tidak sanggup untuk hidup di dalam kebimbangan sama ada suaminya akan pulang ke rumah dalam keadaan jasad ataupun mayat. 

Selepas berkonfrantasi dengan Adji, Nani memutuskan untuk pulang ke rumah ibunya di Jakarta bagi melahirkan anak di sana. 

Dalam masa yang sama, Adji dan pasukannya telah berjaya menahan ketua pengganas iaitu Leong dan berjaya dipindahkan untuk bertugas di Jakarta.

Kesemua tahanan pengganas juga telah dibawa ke pusat tahanan di Jakarta untuk disoal siasat dengan lebih lanjut. 

Nani yang mendapat berita suaminya ditukarkan ke Jakarta akhirnya lega. Dan sewaktu Adji harus melaporkan diri di balai baru buat kali pertama, tiba-tiba air ketuban isterinya pecah.

Adji berkeras untuk tidak mahu ke balai kerana mahu menemani isterinya di hospital. Namun disebabkan masih ada waktu 12 jam untuk dia melahirkan, Nani berkeras supaya suaminya ke pejabat terlebih dahulu kerana dia tahu suaminya seorang pegawai polis yang sangat efisyen.

Dan dia turut memberikan alasan mahu Adji belikan cucur di gerai yang berdekatan pejabatnya. 

Namun siapa menduga kebahagiaan yang kini dikecapi mereka bakal berubah selamanya apabila terjadi satu rusuhan besar-besaran yang melibatkan banduan di pusat tahanan di balai tempat Adji bertugas. 

Sejujurnya, jika anda sudah baca mengenai tragedi berdarah yang berlaku di Mako Brimob pada tahun 2018 ini, anda pasti sudah tahu jalan ceritanya akan berakhir bagaimana. Kerana fakta tidak boleh diubah. 

Namun, penulis filem ini bijak kerana memilih elemen cinta di antara pasangan suami isteri yang sedang menantikan zuriat pertama mereka sebagai subjek untuk dipamerkan dalam filem ini.

Dan ternyata kisah cinta ini juga adalah berdasarkan kisah benar kerana salah seorang mangsa dalam tragedi rusuhan itu, sedang menantikan cahaya mata pertamanya. 

Nicholas Saputra dan Ariel Tatum melakonkan watak suami isteri.
Nicholas Saputra dan Ariel Tatum melakonkan watak suami isteri.

Pemilihan pelakon juga sangat tepat dengan setiap watak. Penulis pada mulanya berasa sedikit ragu-ragu dengan kemampuan Nicholas untuk membawakan watak sebagai pegawai polis, namun ternyata lakonannya sebagai Adji tidak mengecewakan.

Begitu juga dengan Ariel Tatum yang berjaya membawa watak seorang isteri yang sarat mengandung yang sentiasa diselubungi kebimbangan.

Pujian harus diberikan kepada Iwa K yang membawakan watak pengganas kerana dia dapat menjiwai watak tersebut dengan berkesan. Wataknya sebagai pengganas benar-benar hidup sehingga dia membuatkan kita percaya dia adalah seorang pengganas. 

Itu juga antara sebab kenapa dia dipilih untuk membawakan watak Leong mengikut apa yang diberitahu penerbit filem ini.

Walaupun Iwa K sebenarnya adalah seorang rapper di Indonesia, namun dia berjaya memberikan lakonan yang cukup baik. 

Dari segi penceritaan, bagi penulis mungkin momentumnya agak perlahan namun emosi dan perasaan yang disalurkan sepanjang jalan cerita ini mengalir mampu membunuh anda perlahan-lahan dan akhirnya merentap emosi penonton di penghujung cerita dan tanpa anda sedar, pipi sudah basah dihujani deraian air mata. – Getaran, 17 Oktober 2022

Rating 3.5 Getar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN