web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Teaser' Filem The Little Mermaid Dihujani Komen Kecaman Gara-Gara Pelakon Berkulit Hitam

Rata-rata peminat filem itu kesal kerana Disney memilih pelakon berkulit hitam untuk membawakan watak ikonik ikan duyung bernama Ariel dan mendakwa studio itu sengaja mahu mencetuskan kontroversi. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 8:14PM

The Little Mermaid bakal ditayangkan pada Mei tahun depan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini Walt Disney Studios telah melancarkan ‘teaser’ filem The Little Mermaid yang menampilkan pelakon berkulit hitam, Halle Bailey sebagai watak utama Ariel.

Ini adalah kali pertama filem animasi The Little Mermaid diangkat sebagai filem adaptasi ‘live action’ selepas Cinderella, Aladdin, Beauty And The Beast dan beberapa lagi.

Namun ruangan komen untuk ‘teaser’ yang dikongsikan di beberapa platform utama media sosial itu telah dihujani dengan pelbagai komen, kecaman dan ada juga yang berbaur rasis.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati kerana watak ikan duyung ikonik itu dilakonkan pelakon yang berkulit hitam dan bukannya berkulit putih seperti di dalam animasi. 

Mereka berpendapat bahawa Disney sengaja mahu mencetuskan perbalahan supaya filem ini menjadi sebutan.

Mereka turut kesal kerana Disney seolah-olah telah memusnahkan fantasi kanak-kanak mereka dengan menukar karakter Ariel kepada seorang perempuan berkulit hitam. 

Ada yang mengajukan soalan bagaimana jika watak Pocahontas dan Princess Jasmine dilakonkan pelakon berkulit putih? Adakah perkara itu akan diterima ramai? 

‘Teaser’ filem berkenaan telah mendapat 1.5 juta ‘dislike’ di saluran Youtube Walt Disney Studios. Dan disebabkan itu, jumlah ‘dislike’ tidak lagi dipaparkan di video berkenaan.

Di sebalik komen-komen kecaman, terdapat juga komen-komen positif yang menyokong pemilihan Halle sebagai Ariel terutamanya dari golongan kulit hitam.

Mereka berpendapat Halle kelihatan sangat menawan dan mempunyai suara yang sangat merdu.

Ada yang telah memuat naik video reaksi anak kecil mereka yang menonton ‘teaser’ filem itu buat kali pertama dan berasa terpegun serta gembira melihat watak Ariel dilakonkan oleh pelakon yang kelihatan seperti mereka. 

Isu ini turut hangat diperkatakan di Twitter sehingga tanda pagar #NotMyAriel menjadi sohor setakat ini.

The Little Mermaid akan ditayangkan di seluruh dunia pada Mei tahun depan. - Getaran, 16 September 2022. 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN