web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Squid Game Cipta Sejarah, Succession Menang 4 Anugerah, The White Lotus Bolot Kemenangan

Biarpun kemenangan Succesion telah dijangka, namun Anugerah Emmy Ke-74 tetap mencetuskan sejarahnya sendiri.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 8:00PM

Pelakon dan krew Succession bergambar bersama Anugerah Emmy untuk Siri Drama Cemerlang semasa Anugerah Emmy ke-74 di Teater Microsoft di Los Angeles, California. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada apa yang mengejutkan apabila Succession dinobatkan sebagai pemenang Siri Drama Terbaik dalam Anugerah Emmy Ke-74.

Bahkan kemenangan Succession dalam malam kemuncak Anugerah Emmy yang berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles pada malam Isnin (pagi semalam waktu tempatan) telah pun dijangka ramai.

Siri drama terbitan HBO yang dipuji ramai itu berjaya meraih empat anugerah, walaupun sebelum ini mendahului dengan 25 pencalonan.

Ted Lasso juga turut membawa pulang empat anugerah termasuk ‘Siri Komedi Terbaik’ dan Aktor Utama Terbaik untuk Jason Sudeikis bagi dua tahun berturut-turut.

Bagaimanapun, The White Lotus telah meraih kemenangan yang menakjubkan menerusi 10 Anugerah Emmy termasuk Siri Terhad Terbaik serta beberapa anugerah termasuk lakonan, penulisan dan pengarahan.

Zendaya pula meraih kemenangan keduanya sebagai Aktres Utama pada malam itu, yang mana sebelum ini dia pernah memenanginya pada tahun 2020.

Squid Game dan bintang Lee Jung-jae pula mencipta sejarah dan siri hit Korea itu telah memenangi Anugerah Primetime Emmy untuk lakonan dan pengarahan, yang pertama untuk program bukan berbahasa Inggeris termasuk kategori Seni Kreatif. Squid Game berjaya membawa pulang enam anugerah.

Amanda Seyfried, Jennifer Coolidge, Sheryl Lee Ralph, Matthew Macfadyen, Murray Bartlett dan Michael Keaton juga membawa pulang anugerah Emmy mereka yang pertama. - Getaran, 14 September 2022

Berikut adalah Senarai Pemenang Emmy Awards Ke-74:

Aktor utama terbaik dalam siri terhad atau antologi atau filem: Michael Keaton, Dopesick

Pembantu aktor terbaik dalam siri terhad atau antologi atau filem: Murray Bartlett, The White Lotus

Pembantu aktor terbaik dalam siri drama: Matthew McFadyen, Succession

Pembantu aktres terbaik dalam siri drama: Julia Garner, Ozark

Pembantu aktres terbaik dalam siri komedi: Sheryl Lee Ralph, Abbott Elementary

Pembantu aktor terbaik dalam siri komedi: Brett Goldstein, Ted Lasso

Siri variasi sketch terbaik: Saturday Night Live

Siri variasi bual terbaik: Last Night With John Oliver

Pembantu aktres terbaik dalam siri terhad atau antologi atau filem: Jennifer Coolidge, The White Lotus

Aktres utama terbaik dalam siri terhad atau antologi atau filem: Amanda Seyfried, The Dropout

Program pertandingan terbaik: Lizzo's Watch Out for the Big Girls!

Anugerah Gabenor: Geena Davis

Pengarahan terbaik dalam siri terhad atau antologi atau filem: Mike White, The White Lotus

Penulisan terbaik dalam siri terhad atau antologi atau filem: Mike White, The White Lotus

Penulisan terbaik untuk variasi khas: Carmichael: Rothaniel

Aktor utama terbaik dalam siri komedi: Jason Sudeikis, Ted Lasso

Penulisan terbaik untuk siri komedi: Quinta Brunson, Abbott Elementary

Pengarahan terbaik untuk siri drama: Hwang Dong-hyuk, Squid Game

Aktres utama terbaik dalam siri drama: Zendaya, Euphoria

Aktres utama dalam siri komedi: Jean Smart, Hacks

Pengarahan terbaik untuk siri komedi: MJ Delaney, Ted Lasso

Penulisan untuk siri drama: Jesse Armstrong, Succession

Aktor utama terbaik dalam siri drama: Lee Jung-jae, Squid Game

Siri terhad atau antologi terbaik: The White Lotus

Siri komedi terbaik: Ted Lasso

Siri drama terbaik: Succession

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...