web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mat Kilau Bakal Menyilau Di Netflix 16 September Ini

FIlem arahan Syamsul Yusof ini akhirnya boleh ditonton secara global menerusi platform penstriman popular, Netflix pada Hari Malaysia ini. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 9:21PM

Mat Kilau kini boleh ditonton di Netflix mulai 16 September ini. - Gambar ihsan Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem pecah panggung, Mat Kilau akhirnya bakal menjengah platform penstriman digital popular Netflix pada 16 September ini. 

Mat Kilau yang kini merupakan filem dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman Malaysia boleh ditonton secara global.

Cuma untuk penonton Indonesia, filem ini hanya akan mula ditayangkan bermula pada 14 Oktober 2022. 

Filem yang diarahkan Syamsul Yusof dan dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy dan ramai lagi ini telah berjaya mengutip jumlah kutipan sebanyak RM90 juta dalam masa 33 hari tayangan. 

Mat Kilau juga berjaya menembusi pasaran Indonesia apabila ditayangkan di 200 pawagam di sana bermula 31 Ogos lalu. 

Tahniah diucapkan kepada seluruh produksi filem Mat Kilau terutamanya Studio Kembara di atas kejayaan luar biasa filem ini. - Getaran, 6 September 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...