web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Drama 3 Sekawan Bantu Generasi Baharu Hayati Erti Kemerdekaan

Melalui kempen #BebasBersama, drama pendek berdurasi 15 minit ini telah dihasilkan dan dibarisi pelakon cilik dan berpengalaman tanah air. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 12:11PM

3 Sekawan mengisahkan tentang Faiz, Ah Chong dan Danush meraikan Hari Kebangsaan tetapi tindakan mereka telah menimbulkan huru-hara dalam kalangan penduduk kampung. - Gambar ihsan Media Prima 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak kepayahan dan pahit getir yang perlu kita lalui dan tempuhi dalam usaha membebaskan tanah air yang tercinta ini daripada penjajah asing. 

Segala perit jerih yang mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa itu akhirnya terbayar apabila kita berjaya mencapai kemerdekaan negara pada tarikh bersejarah, 31 Ogos 1957 dan seterusnya menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963. 

Selepas beberapa dekad kita mengharungi pelbagai cabaran, Malaysia kini telah menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang ingin bebas dari penjajahan, bebas dari penindasan, bebas untuk percaya, bebas untuk bersuara dan juga bebas daripada segala ancaman wabak merbahaya.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, Media Prima Berhad telah melancarkan kempen #bebasbersama untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dan mengajak rakyat Malaysia terutamanya generasi baharu untuk memahami erti sambutan bulan kemerdekaan ini. 

Melalui kempen ini, sebuah drama pendek berdurasi 15 mini berjudul 3 Sekawan terbitan Zeel Production Sdn Bhd bakal ditayangkan menerusi saluran TV3, TV9, 8TV dan ntv7 pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

3 Sekawan mengisahkan tentang Faiz dan keluarganya telah pulang ke kampung untuk melawat datuk ketika cuti umum Hari Kebangsaan. Faiz bertemu kembali dengan kawan-kawannya, Ah Chong dan Danush. 

Sehari sebelum tiba Hari Kebangsaan, Atok menceritakan tentang erti sebenar kemerdekaan. Setelah mendengar perkongsian cerita Atok, Faiz mendapat idea untuk meraikan Hari Kebangsaan tetapi tindakan mereka telah menimbulkan huru-hara dalam kalangan penduduk kampung. 

Apa yang telah dilakukan Faiz dan kawan-kawannya sehingga membuatkan penduduk kampung kecoh? Semuanya terjawab dalam drama pendek 3 Sekawan yang mencuit hati dan sarat dengan mesej yang positif mengenai semangat cintakan negara, 

Drama pendek, 3 Sekawan ini telah menjalani sesi penggambaran di negeri Perlis. Ia menampilkan gabungan pelakon cilik dan pelakon tanah air berpengalaman. Antaranya adalah Datuk Rahim Razali, Kazar Saisi, Redza Rosli, Sherry Ibrahim, Ummar Shakur, Camans Kong, Rudtra  Manivanan, Sathiya dan Mandy Chong.

Saksikan drama pendek 3 Sekawan ini pada 31 Ogos di TV3 (9.00 malam), TV9 (10.30 malam) dan DidikTV KPM (9.30 pagi), 1 September di 8TV (12 tengah malam). Drama pendek ini akan diulang tayang pada 16 September di TV3 (9.00 malam), TV9 (8.15 malam), DidikTV KPM (9.30 pagi) serta 8TV (11.30 malam). 

Pelbagai program menarik bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia turut ditayangkan di saluran TV3 dan TV9. - Getaran, 30 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...