web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem ‘Eva’ Wakili Malaysia Bertanding Di Festival Cannes 2023, Kategori Thriller dan Suspen

Filem arahan Suhaiza Aziz yang berjaya tewaskan dua filem lain dari Emiriah Arab Bersatu dan Jerman ini juga akan ditayangkan di festival filem penuh berprestij tersebut.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 9:34PM

Antara pelakon yang membintangi filem 'Eva' adalah Azrel Ismail dan Nadia Aqilah - Gambar ihsan D Alpha Legacy Sdn Bhd (M)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Eva arahan pengarah tempatan, Suhaiza Aziz telah terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan bulanan anjuran Festival Filem Dunia Cannes untuk kategori thriller dan suspen.

Eva yang terpilih sebagai pemenang pada Julai lalu telah bersaing dengan dua lagi filem daripada negara lain iaitu Deadline dari Emiriah Arab Bersatu serta Ivy (Jerman). 

Dengan kemenangan itu, ia telah melayakkan Eva untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes 2023, sekali gus turut dicalonkan untuk merebut anugerah Filem Terbaik Kategori Thriller dan Suspen. 

Pengarah Eva iaitu Suhaiza Aziz berkata, dia bersyukur apabila filem sulung arahannya itu telah memenangi pertandingan bulanan itu.

Bahkan, dia turut mendedikasikan kejayaan itu kepada semua penerbit dan pengarah filem tanah air.

“Saya tidak menyangka sama sekali filem Eva akan menang kerana file mini mendapat saingan yang bukan calang-calang daripada filem terbitan Emiriah Arab Bersatu dan Jerman.

“Apabila produser, Diyana Ismail secara tiba-tiba tunjukkan poster yang Eva tercalon, kami semua terkejut. 

“Tak sangka kami boleh ‘terbang’ sejauh ini. Tambahan lagi, ini adalah karya pertama saya sebagai pengarah. 

“Walaupun baru tercalon, apabila kami nampak nama Malaysia, rasa bangga amat dirasai,” katanya. 

Jelasnya lagi, dia turut menjadikan filem-filem Jerman sebagai rujukan selain sering meneliti pembikinan filem dari Itali, Sepanyol dan menonton filem Tamil untuk mendapatkan kesan visual yang bagus.

“Saya jadikan kejayaan filem lain sebagai panduan kerana saya sedar saya perlu banyak belajar dari mereka yang berpengalaman kerana saya bukanlah pelajar jurusan filem. Saya hadir dalam industri ini kerana minat,” katanya. 

Suhaiza berkata, pada awalnya dia bimbang tidak mampu untuk mengarahkan Eva kerana ‘pembawaan’ filem itu sangat berat walaupun beliau mengakui genre thriller amat sesuai dengan jiwanya.

“Namun, dengan sokongan padu daripada mereka yang terbabit dalam penggambaran filem ini, daripada produser sehinggalah kru dan pelakon, saya yakin untuk melaksanakan tanggungjawab itu. 

Suhaiza Aziz
Suhaiza Aziz

“Saya terima tawaran untuk mengarahkan filem ini kerana selain suka dengan genre sebegini, Eva membawa mesej yang lebih dari sekadar hiburan.

“Ia adalah filem yang mendasari masalah kesihatan mental, betapa pentingnya mengasihi, memberi peluang dan kehidupan yang baik kepada anak-anak yang lahir daripada hubungan terlarang,” katanya.

Bercerita cabaran sepanjang penggambaran, bekas graduan perniagaan dan perakaunan ini berkata, pihak produkisnya sebetulnya turut berhadapan dengan kekangan kewangan.

“Barangkali, kalau bajetnya lebih besar, penggambaran boleh dilakukan lama sedikit dan hasilnya mungkin lebih baik. Tetapi, kami faham keadaan produser dan tetap berusaha memberikan yang terbaik. 

Suhaiza bersama Nadia Aqila
Suhaiza bersama Nadia Aqila

“Semua yang terbabit memberikan sepenuh jiwa mereka dalam penghasilan karya ini. Kru belakang tabir dan semua artis sangat ‘memberi’ dalam filem ini,” katanya yang sudah 16 tahun berjuang dalam arena perfileman tanah air dengan menjadi penolong pengarah selama 15 tahun. 

Diterbitkan D Alpha Legacy Sdn Bhd (M), Eva membariskan pelakon utamanya iaitu Nadia Aqila, Nadia Brian dan Shamsul Danish.

Turut membintangi filem ini adalah Datuk Jalaludin Hassan, Tony Eusoff, Hasnol Rahmat, Sheera Iskandar, Jay Iswazir, Azrel Ismail, Zain Ruffedge, Isma Daniel, Aleeza Kassim, Marissa Yasmin, Gya Natasya, Shazia Ruzaini, Mimi Ernida, Norman Hakim dan Fatimah Azzahra.

Filem Eva telah siap menjalani penggambaran selama 15 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada Februari lalu. Ia kini sedang menunggu tarikh wajib tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk ditayangkan di pawagam di seluruh negara.

Antara pelakon filem 'Eva' bersama Suhaiza
Antara pelakon filem 'Eva' bersama Suhaiza

 

Sinopsis filem Eva

Filem ini mengisahkan Eva, Amy dan Mike adalah orang yang sama tetapi terperangkap dalam satu tubuh. 

Eva, sebagai pemilik tubuh terpaksa berhadapan dengan perubahan yang berbeza-beza akibat daripada trauma yang dialami sejak dia masih kanak-kanak.

Eva mempunyai seorang anak lelaki yang cuba memahami keadaannya dan kakaknya, Elly, sentiasa berada di sisinya. 

Dalam  kekeliruan dirinya itu, Eva berjaya menjadi seorang peguam. Namun, itu tidak merubah dirinya  menjadi manusia normal. Keadaan dirinya terus bertukar-tukar menjadi Amy, seorang pakar forensik dan Mike pula pembunuh. – Getaran, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...