web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hebat Gila Penangan Mat Kilau, Kini Dalam Permainan Mudah Alih, Kings Of Nations!  

Permainan ini menampilkan dengan dua karekter utamanya iaitu Datuk Adi Putra dan Fattah Amin dalam permainan mudah alih terkini keluaran VNG Games.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 6:00PM

King Of Nations menampilkan watak Mat Kilau dan Awang untuk diadaptasi dalam permainan mudah alih itu. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof benar-benar meninggalkan impak yang cukup luar biasa. 

Menerusi fenomena yang tercipta, satu lagi usaha telah dilakukan syarikat tempatan, VNG Games dengan membawa wira legenda Mat Kilau itu ke dalam dunia alam maya melalui permainan mudah alih, King Of Nations.

Permainan ini menampilkan dua karekter utamanya iaitu Datuk Adi Putra dan Fattah Amin, yang telah dipilih untuk mencuba permainan mudah alih terkini keluaran VNG Games.

Replikasi watak Mat Kilau dalam versi permainan digital ini mempunyai tarikan tersendiri selain dipadankan dengan busana Melayu yang dihasilkan secara terperinci termasuk memiliki senjata tradisional.

VNG Games menerusi satu kenyataan memaklumkan, penciptaan watak permainan mudah alih Mat Kilau ini diilhamkan daripada kisah kehidupan pahlawan Melayu bersejarah itu yang baru-baru ini menjadi bualan utama tempatan dan antarabangsa dengan kejayaan besar box office di pawagam. 

Keberanian, ketabahan dan kemahiran silat Mat Kilau menjadi inspirasi ramai, khususnya golongan belia. 

Menerusi bahang dan semangat Hari Kebangsaan pada bulan ini, VNG Games melihat penghasilan Mat Kilau ini sebagai watak yang boleh dimainkan di platform permainan digital untuk menggalakkan kebanggaan dan patriotisme tempatan di kalangan pemain Malaysia.

“Dengan penambahan watak baharu Mat Kilau ini dalam King Of Nations, pemain juga boleh bermain dengan watak tempatan yang berpotensi mereka hubungkan, pada asasnya untuk meningkatkan pengalaman pertempuran dalam permainan dan lawan mereka.

“Pemain boleh menyelami dunia King Of Nations dan bertempur melawan wira tamadun lain, sama ada dari Timur atau Barat dan menulis semula sejarah perang terbesar dunia serta meninggalkan jejak mereka,” memetik kenyataan tersebut. 

Kini tersedia di Google Play & App Store bermula 22 Ogos 2022, King of Nations merupakan permainan muat turun percuma yang hanya memerlukan 480mb ruang pada telefon pintar pemain.

Perbezaannya cuma pada mod permainan yang memaparkan pertempuran wira berbilang tamadun yang menarik. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://kon.vnggames.com/. - Getaran, 23 Ogos 2022. 



 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN