web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Hansan: Rising Dragon' Tambah 6 Juta Lagi Jualan Tiket Di Korea Selatan

Filem mengenai pertempuran tersohor tentera laut yang dipimpin Laksamana Yi Sun-sin menentang Jepun semasa Dinasti Joseon menambah kira-kira 240,000 penonton wayang pada hari ke-20.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 8:12PM

'Hansan: Rising Dragon' dibintangi Park Hae-il, Byun Yo-han dan Ok Taec-yeon - Gambar Soompi.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL, 15 Ogos (Bernama) -- Filem sejarah Korea Hansan: Rising Dragon menambah jualan tiket sebanyak enam juta lagi untuk filem box office Korea itu pada hari ke-20 tayangannya, kata pengedarnya pada Isnin.

Filem mengenai pertempuran tersohor tentera laut yang dipimpin Laksamana Yi Sun-sin menentang Jepun semasa Dinasti Joseon menambah kira-kira 240,000 penonton wayang pada hari ke-20 itu pada jumlah terkumpul sehingga hari sebelumnya sebanyak 6.87 juta, lapor Yonhap memetik Lotte Entertainment.

Mula ditayangkan pada 27 Julai, Hansan merupakan filem kedua dari Korea yang mencecah angka 6 juta pada 2022 selepas komedi aksi hebat The Roundup, yang mengumpulkan hampir 13 juta penonton.

Ia juga menjadi filem kedua paling banyak ditonton dalam era pandemik selepas The Roundup, mengatasi bilangan filem aksi jenayah Deliver Us From Evil (2020), yang mencatatkan sejumlah 4.36 juta penonton.

Filem arahan Kim Han-min dari Roaring Currents (2014), Hansan mengisahkan Pertempuran Pulau Hansan di luar pantai selatan Korea pada Julai 1592, yang membawa kemenangan terbesar semasa Serangan Jepun ke atas Dinasti Joseon (1592- 1598).

Dinasti itu memerintah Semenanjung Korea dari 1392 hingga 1910, apabila Jepun mengambil alih semenanjung itu sebagai tanah jajahannya sehingga 1945.

Filem itu merupakan prekuel kepada filem pengarah yang sama pada 2014, yang menjadi filem paling banyak ditonton sepanjang masa di Korea Selatan, dengan lebih 17 juta penonton. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...