web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gadis Jolobu The Movie Angkat Hattan Sebagai Hero, Pamer Dialek ‘Nogori’

Filem arahan CL Hor ini juga menampilkan Khir Rahman, Joey Daud dan pendatang baru iaitu Ahirine sebagai teraju utama. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 8:00PM

Hattan (kanan) bersama Ahirine di majlis tayangan perdana filem Gadis Jolobu The Movie.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem bergenre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor bukan sahaja mengetengahkan dialek Negeri Sembilan, malah, mengangkat keunikan adat perpatih dan keunikan budaya Minangkabau sebagai tarikan.

Projek mega yang dimeterai di antara syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dengan  Zebra Studio Sdn Bhd ini diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.

Barisan pelakon, penerbit dan pengarah Gadis Jolobu The Movie.
Barisan pelakon, penerbit dan pengarah Gadis Jolobu The Movie.

Pengasas dan Pengarah Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, idea menghasilkan filem ini tercetus ketika bertemu dengan Hattan pada 2019.

“Ia susulan sambutan lagu duet Hattan bersama Waris iaitu Gadis Jolobu meraih tontonan hampir 10 juta menerusi laman YouTube.

“Sebagai legenda rock, Hattan tidak pernah memegang watak hero sepanjang berkecimpung dalam industri seni tanah air,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Gadis Jolobu The Movie.

Saraleana (kanan) berkata, idea menghasilkan filem ini tercetus ketika bertemu dengan Hattan pada 2019.
Saraleana (kanan) berkata, idea menghasilkan filem ini tercetus ketika bertemu dengan Hattan pada 2019.

Kata Saraleana lagi, pihaknya juga berbincang dengan Hattan untuk menghasilkan filem yang mempunyai elemen muzikal dan banyak lagu seperti zaman Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan apa yang kita lihat dalam  filem Bujang Lapok dulu.

“Bukan senang menampilkan filem genre komedi yang ada sentuhan klasik, tetapi pengarah berpengalaman seperti CL Hor berjaya merealisasikannya,” katanya.

Mengulas penampilan Ahirine, kata Saraleana, sebagai penerbit visinya untuk mengetengahkan bakat baharu dalam industri seni.

“Pengarah, CL Hor sendiri memilih Ahirine menerusi proses uji bakat. Ahirine bukan sahaja memiliki kecantikan asli, malah, sanggup belajar dialek Negeri Sembilan walaupun dia dibesarkan di bandar.

“Saya berpuas hati dengan hasil lakonan Ahirine sebagai muka baru dalam industri seni,” katanya.

Bercerita mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi sebagai penerbit, Saraleana berkata, dia perlu menyelesaikan penggambaran filem ini dalam tempoh 14 hari ditetapkan.

“Penggambaran filem ini membabitkan lokasi sawah padi di Kampung Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada Mac lalu.

“Saya turun padang dalam keadaan cuaca panas untuk memastikan filem ini selesai penggambaran dalam tempoh ditetapkan.

“Saya bersyukur Golden Screen Cinemas (GSC) memberi sokongan pada pembikinan filem dan memilih tarikh tayangannya pada 4 Ogos ini,” katanya.

Menyentuh soal kutipan filem, Saraleana berkata, dia tidak mensasarkan kutipan pecah panggung di pawagam tempatan.

“Kami terbitkan filem Gadis Jolobu The Movie untuk pasaran Malaysia dan peringkat global. Selepas selesai tayangan di pawagam tempatan pada Ogos, filem ini akan di bawa ke Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand.

“Kami juga merancang untuk melakukan wayang pacak filem Gadis Jolobu The Movie di sekitar Negeri Sembilan pada September depan,” katanya.

Filem Gadis Jolobu The Movie akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara pada 4 Ogos ini dan juga di platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.

Menerusi filem ini, Hattan membawa watak Atan, Joey Daud (Ajoi), Khir Rahman (Acong) dan Ahirine (Jijah).

Gadis Jolobu The Movie memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dan berusaha mencari jodoh di kampung halaman.

Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan. - Getaran, 2 Ogos 2022

Foto : PR Gadis Jolobu The Movie

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...