Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


K-KOMM Buka Pencalonan Untuk Anugerah Seri Angkasa 2022

Penganjuran ASA 2022 bertemakan ‘Kemuncak Kecemerlangan’ adalah sempena sambutan Jubli Emas ASA yang mula dianjurkan pada 1972 dan kini memasuki edisi ke-34.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 8:00PM

Zahidi Zainul Abidin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menganjurkan Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2022 bagi merancakkan semula landskap industri kreatif yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada awal 2020 akibat pandemik COVID-19. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata keputusan untuk menganjurkan ASA 2022 dipersetujui Jemaah Menteri pada Jumaat lepas dan penganjuran itu merupakan kerjasama strategik antara K-KOMM bersama sektor swasta. 

“Pencalonan ASA 2022 dibuka mulai 1 hingga 31 Ogos,” katanya pada sidang media pencalonan ASA 2022 di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur hari ini. 

Menurut Zahidi, penganjuran ASA 2022 bertemakan ‘Kemuncak Kecemerlangan’ adalah sempena sambutan Jubli Emas ASA yang mula dianjurkan pada 1972 dan kini memasuki edisi ke-34 dengan tarikh penganjuran majlis itu dijangka berlangsung pada Oktober ini. 

Beliau berkata stesen penyiaran kerajaan dan swasta dijemput untuk mengemukakan pencalonan secara rasmi menerusi www.anugerahseriangkasa.gov.my dan syarat umum pencalonan ASA 2022 dan kriteria pencalonan bagi setiap kategori turut dimuatkan dalam laman web itu.

Zahidi berkata rancangan yang dicalonkan mestilah pertama kali disiarkan di saluran televisyen, stesen radio atau akaun YouTube rasmi masing-masing dalam tempoh antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021. 

Beliau berkata buat julung kalinya ASA 2022 memperkenalkan lima kategori media sosial iaitu drama pendek, sketsa pendek, video klip hiburan, pesanan khidmat masyarakat dan drama bersiri menerusi YouTube rasmi terbaik. 

Katanya secara keseluruhannya sebanyak 72 kategori bakal dipertandingkan di ASA 2022 termasuk 43 kategori televisyen, 22 kategori radio, satu anugerah khas juri dan satu tokoh ASA. 

Menurutnya K-KOMM melantik barisan juri profesional dalam kalangan ahli akademik daripada industri kreatif dan pemain industri yang berkelayakan bagi memastikan anugerah tersebut terus dipertandingkan pada masa akan datang. 

Zahidi juga menjangkakan pencalonan yang diterima pada ASA 2022 adalah lebih tinggi berikutan kategori media sosial yang menjadi kategori baharu dalam anugerah itu. 

Katanya penganjuran ASA 2022 diharap dapat menggalakkan pihak penyiar dan karyawan industri kreatif untuk menerbitkan rancangan radio dan televisyen yang lebih kreatif, berkesan dan berkualiti tinggi serta membuka peluang pekerjaan kepada penggiat industri kreatif tempatan untuk berkarya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

'Video Pembaca Berita Itu Sudah Diedit, Wajah Sebenar Cantik Dan Manis'

2

Semasa 11 bulan yang lalu

KKD Pandang Serius Projek Sakit Di Bawah Kementerian - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Beri Perhatian Bendung Penyebaran Ekstremis Militan

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Perlawanan Di Tempat Lawan Pasukan Liga-M Bakal Ditayang Di Skrin Besar - Fahmi

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran