Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muzikal Lawak Superstar Musim Ketiga Tonjol Elemen Rumpun Melayu

Program realiti ini juga disertai pelbagai personaliti hebat termasuk pelakon, pelawak, penyanyi serta pempengaruh  sensasi dari pelbagai negara.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 8:00PM

Musim ini menyaksikan penyanyi, pelawak, pelakon serta personaliti media sosial dari generasi otai dan generasi muda.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lawak berelemenkan rumpun Melayu yang menggabungkan muzik, lakonan dan komedi menjadi nadi kepada Muzikal Lawak Superstar musim ketiga kali ini.

Bahkan, ia turut menyatukan penyanyi, pelawak, pelakon serta personaliti media sosial dari generasi otai dan generasi muda sebagai peserta-peserta yang bakal menjayakan program realiti hiburan ini.

Musim kali ini memperkenalkan muka-muka baharu seperti Aya Amiruddin, Puspa Gomen, Qody Rani, Shidi Data dan DD Chronicle. Manakala, wajah luar negara turut mewarnai musim ini dengan kehadiran Sarip dan Amin dari Indonesia serta Kinjo dari Jepun.

Peserta-peserta terdahulu seperti Roy Azman, Ali Puteh, Achey serta penghibur terkemuka negara, Shiha Zikir turut kembali untuk memeriahkan lagi suasana musim ini.

Sementara, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sekali lagi akan berperanan sebagai hos Muzikal Lawak Superstar dan bakal digandingkan dengan hos baharu yang akan diperkenalkan pada konsert pertama kelak.

Sebanyak 12 kumpulan bakal menyertai program ini, Mereka adalah kumpulan Bahroy yang dibarisi Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan & Roy Azman, OOD (Man RL, Chiwan & Zahid), Arteh (Has, Dewa & Qody), Benjo (Noxx Hazwan, Filzah Azmi & Kinjo), Sobat (Che Mat, Najua P Ramlee & DD Chronicle) dan Wisel (Wan Gegau, Salman Al-Farisi & Iskandar Norzaman).

Peserta Lain Yang Turut Menyertai Program Ini Adalah Abioso (Sarip, Amin & Puspa Gomen), Ngam (Achok Chilok, Wan Wala & Aya Amiruddin), Ubi (Fad Bocey, Sharif Zero & Name), Joki (Gomok Gahai, Fuad Nasirr & Beby Acha), Selit ( Ajo, Azmir Aziz & Shidi Data) Dan Cili (Ali Puteh, Achey & Shiha Zikir).

Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari berkata, keunikan utama yang menjadi paparan untuk musim ketiga Muzikal Lawak Superstar adalah kepelbagaian dalam pemilihan peserta-peserta.

Idlan Zahari
Idlan Zahari

“Ramai muka-muka baharu yang bukan berasal daripada industri hiburan digandingkan dengan muka-muka otai dan senior baik dari segi dunia lakonan mahupun dunia komedi.

“Pemilihan muka-muka baharu ini melambangkan kemahuan saluran Astro Warna dalam menarik golongan muda ke saluran kami.

“Demografi ini amat penting untuk pihak kami dalam mengembangkan sasaran penonton di Astro terutamanya untuk genre komedi atau sketsa komedi secara khususnya.

“Malah kebanyakan muka-muka fresh ini merupakan golongan content creator atau personaliti media sosial berpengaruh yang mempunyai pengikut- pengikut dari generasi yang kami sasarkan,” katanya.

Bagi menghangatkan lagi program ini, Astro turut menampilkan gimik sekumpulan ‘bangsawan’ berjalan-jalan di sekitar ibu negara termasuk LRT KLCC serta ruangan makan di kompleks membeli-belah terkemuka negara, Suria KLCC dengan bertutur dalam Bahasa Melayu klasik serta berbusana ala zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut Idlan, seolah-olah seperti kembali ke masa silam, ramai tertanya-tanya siapakah sekumpulan bangsawan yang seolah-olah kembali ke masa silam dan apakah yang mereka lakukan?

“Ya, gimik yang dilakukan adalah untuk Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 dan syabas serta terima kasih kepada semua pihak terlibat yang menjayakan pelaksanaan gimik tersebut.

“Saya sendiri turut menerima mesej mahupun pertanyaan yang sama, namun jawapan saya pada waktu itu tunggu dan lihat di Astro Warna pada 22 Julai kelak,” katanya lagi.

Muzikal Lawak Superstar musim ketiga kali ini menyaksikan 12 kumpulan bakal bertanding merebut gelaran juara yang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150, 000, naib juara (RM RM75,000,) tempat ketiga (RM50,000) dan tempat keempat (RM25, 000).

Kesemua peserta akan diadili barisan juri yang diketuai Datuk Awie serta  pelakon dan model tersohor, Siti Saleha dan personaliti serta hos Singapura popular, Najip Ali, manakala Shah Nizam atau lebih dikenali sebagai Shah Slam akan menggalas peranan sebagai Pengarah Muzik.

Siti Saleha
Siti Saleha

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150, 000, naib juara pula akan meraih RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima RM50, 000 dan RM25,000.

Berlangsung selama 10 minggu, Muzikal Lawak Superstar musim ketiga ini akan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil mulai 22 Julai, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107). - Getaran, 14 Julai 2022.

Gambar: Astro

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

Biarpun begitu, Erma tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine adalah salah!

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar